chokora

kenapa 'chokora'? swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah, tinggal kat tepi jalan, makan minum x tentu.(hanya di Kenya) jadi lebih kurang jadinya, kita nih hanyalah 'chokora' di dunia ini, mengharap belas kasih Ilahi. camtu la lebih kurang. moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita, ameen 'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'

Saturday 29 November 2008

syam

bismilllah..

cuti hujung minggu lepas (27-29 nov 08) diberi kesempatan oleh Allah swt untuk berkunjung ke bumi Syam, Dimashq to be more specific. Suatu perancangan yang sebenarnya xda pon dalam kepala 2 hari sebelum bertolak..tapi atas sebab2 tertentu yang agak panjang kalau nak cerita kat sini(x best pon kalau citer). Tapi memang hajat dah lama nak ke sana, untuk bertemu dan menyahut jemputan sahabat2 di sana, last time pon lebeh kurang 7-8 bulan dulu. Selalu bagi alasan xda masa, tunggu cuti la dan sebagainya. Namun sungguh takdir Allah itu amat sempurna, akhirnya bertolak jua..bersama beberapa orang teman.

ziarah ke sana mmg best..ada la sket2 problem yang melanda, tapi telah tercover dengan tujuan yang mulia(hendaknya) dan kegembiraan bertemu dengan sahabat2..sungguh ukhuwwah atas nama iman itu sangat indah, x mungkin tercabar walaupon dengan jaringan gol ronaldo di minit ke 90 untuk membantu pasukannya menang piala dunia..

1st day
kembali semula..dipendekkan cerita..hari pertama kami just cari tempat tinggal, makan malam dan bincang strategy untuk hari esok..pastu malam di diisi dengan kalamullail bersama sahabat2 kat rumah mereka disulami dengan shai yang best di balik kesejukan malam yang mencengkam. Dah dekat2 pukul 1 pagi baru la sedar kena balik ke hotel.

2nd day
hari yang produktif..bermula seawal jam 8 pagi kami telah bergerak ke kawasan yang dipersetujui berkenderaankan sebuah van yang disewa..maka berikut adalah tempat2 yang sempat dilawati

1- umah Abu Muhammad a.k.a pak cik driver yang alim dan baik hati



minum shai dan berkenalan ngan family dia kat Izra3a










2- Nawa, melawat maqam imam An Nawawi rahimahullah

pandangan dari luar.







Pokok tersebut tumbah atas maqam beliau. Umpama pokok yang tumbuh menjalar, begitulah jualah ilmu dan manfaat Al Imam kpd ummah. Yg menarik lagi, pokok nih dikatakan ada banyak tertulis kalimah Allah dan Muhammad di atas dahannya. (nampak la sket2..subhanalkhaliq)

3- hammam nabi Ayyub a.s









4- Bushra, tempat peristiwa Abu Thalib diberitahu akan tanda2 kerasulan anak saudaranya Muhammad saw ketika baginda berusia 12 tahun. Kat situ juga kami melawat..


a) kota lama Rom

cth : colleseum yg boleh muat sekitar 1500 org






kota ini pernah dikuasai Islam zaman Umar r.a


b) kanisah (gereja) Buhaira







katanya dibina oleh Buhaira untuk namanya kekal dalam sejarah..ada la kesan penting dalam sejarah, sebagai org yang bertemu baginda saw

juga kisah menarik sahabat nabi saw yang bernama Thuwaibat yg bergurau dengan Abu Nu3man (boleh rujuk seerah sahabat.hehe )


c) Jami3 Mabrak En Naqah, iaitu masjid tempat duduk unta nabi saw









yg menarik tentang tempat ni :
1- ada kesan duduk unta nabi saw
2-
time Pak Lah melawat tempat ni, beliau dikagumi oleh org2 arab kat situ, sbb...dia tunduk time masuk ikut pintu kecil masjid ni (agak kecil kene bongkokkan badan,pemimpin Arab lain xleh buat camni,takut jatuh standard..ya Rabbi)


d) masjid Al Umari, tempat dikatakan mushaf Al Quran pertama dikumpulkan di zaman Umar r.a








e) Hammam Umari, dibina oleh Sultan Marwan bin Malik sebagai salah satu tanda kehebatan kerajaan Islam masa tu.









kemudian kami bertolak pulang ke Dimashq. Malam kami pula diisi dengan nasi mandi lahm dan ayam yang best, dan tidur yang sempurna. Alhamdulillah.

3rd day
kami berkunjung ke Souq Hamidi yang masyhur. Tak excited sangat pon, maka kami keluar pon agak lewat dan hanya mencari barang2 yang dah disetkan in mind. Taktik ini ternyata berkesan apabila kami berjaya membeli belah dengan sempurna tanpa tertipu dek anasir2 yang cuba menggugat matlamat kami.

Sambil2 tu, sempat kami melawat Masjid Al Umawi dan Maqam Nabi Yahya a.s.



teman2









Menara Putih, tempat dikatakan akan turun Nabi Isa a.s menjelang Kiamat nanti. wallahua3lam










Juga Maqam Salahuddin Al Ayubi yang dikagumi..







moga kan lahir ramai panglima Islam sehebatnya, ameen

Lebih kurang jam 3 ptg, kami ke Mujamma3 Sumariyyah dan pulang ke bumi Jordan. jadi begitulah sikit sebanyak tentang ziarah kami di sana. Jazakumullah sahabat2 semua, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Mudah2han Allah meredhai perjalanan kami ini.

' kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan' (Ali Imran : 137)

sekian


Tuesday 25 November 2008

tanggungjawab

Michael Jackson converts to Islam..
'betol ke nih?bile tuh?'
'khally babaya ya zalameh..'
'bukan da lamer ke?'
'really? never heard & dont care about it..huhh'

2-3 ari yang lpas ada la terdengar berita..MJ has converted to Islam..jadi kebanyakan respon yang dengar macam yang kat atas tu..pastu saja2 la cari2 jgak dalam internet pasal berita nih..sampailah terbaca satu site nih..dengan statement ini..

'MJ a muslim? Poor Islam!'

nampak x betapa jahilnya manusia hari ini tentang Islam? kajahilan ini bukan sahaja di kalangan non muslim malah yang lebih memalukan lagi di kalangan muslim sendiri! sekurang2nya kita boleh khallikan sikit kalau yang jahil itu daripada kalangan non muslim..tapi lebih pedih pabila ia dari kalangan muslim(cth isu fatwa pengharaman yoga dan pengkid)..apa2 pon,kalau dikaji..kedua2 masalah ini berpunca dari diri muslim sendiri jgak..betol x?tdak mahu melaksanakan tugas dakwah dan x mahu mempelajari Islam..apatah lagi nak mendalami dan menjadikan ia sebagai Deen@ cara hidup..

kenapa Islam yang terkesan dengan kekurangan umatnya?sepatutnya apa yang berlaku adalah penganutnya yang terkesan dengan Islam..dan Islam selama2nya tiada padanya sebarang kekurangan..bererti setiap muslim itu hanya akan bertambah baik apabila terkesan dengan Islam. Sejahat2 manusia pon, xkan mampu untuk mencacatkan Islam..mgkn hanya pada imej..tapi bukan pada hakikatnya..renungkan kata2 seorang yang muallaf sesudah mengerjakan fardhu haji..

'..segala puji bagi Allah yang mengenalkan aku dengan Islam sebelum aku mengenal org2 Islam'

kejahilan umat dan kefahaman yang dangkal ini adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengubahnya..dengan kefahaman yang tepat dan jelas..dan gerak kerja dakwah yang jitu dan berterusan..hanyasanya yang bersumbangkan kepada Al Quran dan hadeeth2 nabi Muhammad saw..dan tugas ini perlu berterusan hinggalah Islam kembali megah seantero dunia.

...hinggalah nanti kita kan kembali merasakan haibah dan izzah bergelar seorang muslim..
hinggakan kita mampu kembali menuturkan kata2 persis Sayyidina Umar r.a dgn katanya yang masyhur..insyallah

'nahnu qaumun a3azzanallahu bilIslaam'

nak tutup dgn 2 rangkap lagu dari nazrey johani 'syahadah'

sambut ia terimalah bila datang pada kita
kerna ia hanya datang pada hamba yang terpilih
tidak akan kau temui untuk kali keduanya
takkan dapat engkau cari bila ia telah pergi

syukurilah dan amalkan
sampaikanlah pada siapapun
perjuangkan dalam hidupmu
moga rahmat Allah bersamamu

(btw, berita psl MJ tu has been denied oleh jurucakap dia..)

Monday 24 November 2008

bismillah..

dengan namaMu yang Maha Sempurna..

untuk apa tulis blog ini ye..
1- saja nak cuba2
2- nak tulis pasal kehidupan..
3- nak kongsi pengalaman..paterikan kat sini(selalu g jalan jauh2..balik 2-3 bulan dah x ingat apa2)
4- nak tiru kawan..macam best je..hiq3
5- boleh tulis panjang2..sblm nih asyik komen kat blog org
6- nak belajar menulis..
7- dan yang paling penting skali..nak jadikan ia satu wadah dakwah..insyallah
..yang boleh jadi juga pengingat buat diri sendiri dan sahabat2 juga hendaknya..

kenapa 'chokora'?
swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah...tinggal kat tepi jalan..makan minum x tentu..(hanya di Kenya)
hmm..masa g Kenya dulu..Sheikh Abdullah iaitu org kenya pertama tolong ktorang time mula2 sampai kat airport Nairobi..dia ada cerita pasal chokora nih..sbb diorang nih ramai sangat kat sana..antara perkara yang 'menarik' la kat sana,hiq3..
jadi xde la apa2 significant dengan nama chokora nih..mgkn sbb best jer nak sebut..(acu cuba terai sebut sendiri untuk lebih kepastian)..sambil2 mengembalikan nostalgia sepanjang 'musafir' di bumi Kenya dulu

camtu la lebih kurang..moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita..ameen
sekian dulu..wallahuaalam

'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'