chokora

kenapa 'chokora'? swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah, tinggal kat tepi jalan, makan minum x tentu.(hanya di Kenya) jadi lebih kurang jadinya, kita nih hanyalah 'chokora' di dunia ini, mengharap belas kasih Ilahi. camtu la lebih kurang. moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita, ameen 'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'

Tuesday 10 March 2009

KENYA - episode II

bismillah..[penambahan efek dan tokok tambah hrp dimaafin]

Alhamdulillah tiada sebarang masalah sepanjang perjalanan ke Kenya. Perjalanan mengambil masa kira2 8-9 jam jugak la, lebih kurang nak ke Malaysia. Ada transit kat Kaherah. Lebih kurang waktu subuh hari Selasa 19hb Ogos 08, kami tiba di Nairobi Airport, Kenya. Bumi Afrika. Alhamdulillah alassalamah. Ok2 je airport dia, lebih kurang airport Subang kot.

Gersang dan kontang, padang pasir, panas terik mentari mencurah keringat. Itu description bagi keadaan di Jordan sebenarnya [time tu summer]. Nairobi adalah sebaliknya. Sejuk, mendung dan lembap. Hah agak terkedu jugak la kami selama beberapa minit, kerna sangkaan awal kami yang ternyata meleset [salah siapa la yg bg maklumat x tepat..]. Time tu la terkapai2 mencari sweater dek cuaca yang x terkalahkan itu.

'Can i help you my brother? ' tak semena2 seorang brader menyapa.
'Owh never mind. We're waiting for our friend. Thanks anyway.' balas Hadiid dengan dialek NZnya, ringkas beserta senyuman yg dibuat2. Bukan apa, malas nak layan. Biasa orang2 kat airport nih bukan boleh percaya sangat. Mulut manis. Tahu kitorang baru sampai, muka cam budak2, misai janggut x lebat kira senang2 nak sebat. Nak ketok la tu. Ingat org x tau. Banyak cantek kamu.

'Hakuna matata! really my friends. If you need any help i would be very happy. Just ask me. I'm David. I'm your brother. Hakuna matata!' reply brader tadi sambil menghulurkan tangan. Seolah2 tahu monolog dalaman kami.
'Betol x pancing kitorang mmg tgh tunggu member nih bang, no hal la semua setel da..[speaking la]' ces ingat kami mudah tertipu ke? Puas.

Alkisahnya memang kami dah arrange dengan Rahman. Dia ada bgtau nanti ada family dia yang akan jemput kitorang kat airpot nanti.

Tunggu punya tunggu hampir setengah jam jugak la xda sebarang khabar berita. Sejuk xyah cerita la kan. Handphone Hadiid pon x bunyi2. Kata canggih sangat. Masing2 mula cuak dah sket2. Brader David tuh tekun ngintai dari jauh. Pastu kitorang pon amik keputusan cuba call nombor yang Rahman bagi. Adik dia, Abdul Latif. Tuut..tuut. Allhamdulillah dapat. Canggih la pulak hp Hadiid.

[semua perbualan adalah dalam bahasa Inggeris]
'Bla..bla bla....apa? korang kat airport skrg? aku x tau pon korang akan sampai pagi nih. Aritu Rahman ada email kata ada member2 dia nak datang, tapi x tau plak detail dia camna...' suara ngantuk.

'biar betik bro. Jangan la nak buat lawak subuh2 nih. ok la kira lawak la. no hal la bro.'

'bila masa plak aku buat lawak. Siryes nih, ada ko dengar aku gelak? ada? buat kerek lak ngan aku..aku letak talipon nih kang baru tahu..' Mendengus.

Konflik ni x berlaku pon sebenarnya. Xkan la. Saja nak bagi best. Tapi mmg ada salah faham sket la. Family dia x dapat maklumat jelas. Memang nak kena budak Rahman sorang nih. Hem3. Pastu kitorang pon terus sms Rahman. Mesej punya mesej, akhirnya dia pon bgtau katanya ada sorang pak cik akan jemput kitorg kat sana nanti. Mgkn bbrp jam lagi....tunggu je la, jenguh la nak menjawab dengan brader David yang x putus asa nak tolong kitorang, siap rekomenkan hotel2 lagi. Hmm dah la tengah letih, layan je la. Benarlah maksud sebuah hadis nabi saw,

'assafar juz2un minannaar'

Lebih kurang pukul 8 pagi, akhirnya sampai la pak cik nih. Lega. Nama dia Abdullah. Kitorang panggil dia Sheikh Abdullah sbb..dalam kereta dia ramah bersembang pasal Kenya, keadaan Islam kat sini dsg. Alim. Katanya orang Islam minoriti kat sini. x sampai 10 peratus, kebanyakan migrasi dari Somalia. Dengan senyuman yang berterusan dia pon bawa la kami ke sebuah hotel kat pinggir Nairobi. Katanya hotel2 kat Nairobi mahal2, xleh percaya dan milik orang2 Kristian. Sheikh nih dia macam x berapa suka org Kristian kat sini. Jadi dia bawa kitorang ke hotel kawasan Muslim, 5 km di pinggiran Nairobi. Nama tempat tu..Eastleigh.[sebut elok2 ye Hadiid]. Paling penting murah dan dipercayai. Kitorang orrait je.

Pergh x ingat punya cuak bila da sampai kat kawasan Eastleigh nih. Ramai punya orang sesak2, dengan kereta, bas lagi, berhabuk, bising, kotor pulak tuh, kira scene macam dalam movie kat kawasan2 baru abis perang. Teringat la time tu dengan vaccine kejadah semua x sempat nak amik..adus, nak bgtau sheikh x sampai hati plak. Tawakkal.


Tetiba di balik kecelaruan dan keserabutan alam itu, kami pon sampai di lorong hotel yang dimaksudkan. Aik, tiba2 ada pulak sebuah bangunan yg besar dan baru, bersih dan boleh diterima akal kat hujung lorong tuh. Setentangnya ada masjid. Kami terkedu 2 minit. Syukur.


pemandangan Eastleigh dari beranda hotel
















'Hiddig Hotel'- sedap sungguh nama hotel ini. Selepas setelkan bilik untuk kami, Sheikh Abdullah pn minta izin nak selsaikan kerja dia pulak. Sebelum beredar, dia bagi kitorang sim kad, tukarkan duit dolar kami ke KS [Kenyan Syiling] dan setelkan sarapan pertama kami. Isk2 terharu betol dengan kebaikan hati sheikh. Pastu dia suruh rehat2 dulu, dan kata dia akan datang balik petang2 sket nak bawak kitorang jalan2 Nairobi. Menangis lagi.


Mad dan chai spesel kat sini. Sewa bilik lebih kurang KS2000.

KS1000 = JOD10 = RM50














Seberedarnya sheikh, kami pon makan sarapan. Hari tuh sarapan chapati dan daging rebus beserta chai, mmg sedap. Selesai sarapan, kami terus pulang ke bilik. Uish, bilik memang puas hati. Besar, bersih dan segak. Berbaloi. Hadiid yg sedari atas flight pening kepala terus menuju ke katil tanpa bual bicara. Mad pulak macam biasa, mengemaskan diri dan barang2. Aku pulak..bosan2 layan tv sblm join Hadiid beghetoh.

Hmm camtu la lebih kurang keadaan time sampai2 dulu. Teringat pulak kat sheikh Abdullah masa dia kata nak bawak jalan2, kitorang kata takut menyusahkan dia je. Dia balas balik, 'Eh mana boleh! Korang ada hak ke atas aku selama korang duduk kat sini! [kami terus menangis]

maksud sabda nabi saw,

' ..barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memulikan tetamunya. ' [hadith riwayat Bukhari dan Muslim]


spesel : mari belajar swahili

Hello = Jambo
selamat pagi = habari asubuhi
saya mahu = mimi nataka
no problem = hakuna matata

5 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home