chokora

kenapa 'chokora'? swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah, tinggal kat tepi jalan, makan minum x tentu.(hanya di Kenya) jadi lebih kurang jadinya, kita nih hanyalah 'chokora' di dunia ini, mengharap belas kasih Ilahi. camtu la lebih kurang. moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita, ameen 'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'

Wednesday 11 March 2009

tok ayoh


aku, che dan tok ayoh lepas balik dari pasar.












'Emang, gi tulong basuh keto nuh! Napok cemar doh tuh.'
'Emang ado ghok tinggi tepi tembok, gi la tebah2 sikik nuh..'
'mari kito g pasar, g cari durian..'
'tok panda lasong nih, oghe dok buat gtu, meh sini nak tunjuk..'
'sapo meney bola marin?'
'kalu panda sangat gak, g la main nuh! '
'oghe panggil badi doh tuh, x soh kelih la, padey doh tuh!'
'beley2 tubek nati tulong beli harokah deh..'
'bahso budok kecik nih aku gocoh muko key!'
'Emang, mari sini smeta. Guano nak keno baco kalu ado bareh gini?'
'Oghe lagu nih, ikat dio, letok daley guni pah g tehok tengah sunga..'

Aduh sedeh maut la kalau teringat semua nih. Dari tahun 2002 lepas abah meninggal aku duduk dengan tok ayoh, panggilan untuk atok aku. Kat umah dia. Kalau dulu setahun 2-3 kali je boleh jumpa, tapi skrg tiap2 hari duduk tatap muka dia. Gembira.

Tanggal 4 Mac 09 lepas. Hari tu hari Rabu. Time tu aku baru habis round kat hospital. Exam seminggu lagi. Minggu terakhir nih biasa aku lepas abis round dengan doktor, lepas solat zohor aku g library jap. Baca la apa yang patut. Tapi hari tu aku rasa pelik sket. X tau kenapa. Baru je nak start study, dapat mesej dari Kam, abang aku. 'Pakat baco Yasin blako, tok ayoh dah tenat lonih.' Ya Allah, terkejut. Sedeh maut dah time tu. Aku terus baca Yasin. Pastu just 5 min lepas tu, dapat mesej lagi. Ina. 'Emang, khabar hazin. Tok ayoh dah xdo doh.' Tok ayah dah kembali ke rahmatullah.

Ya Allah masa tu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku. Last time rasa camni masa abah meninggal dulu. Terus lembik rasa satu badan. Air mata mengalir dah x tertahan. Kepala berdenyut2. Aku terus keluar library call Kam. Aku cakap dengan Kam. Aku cakap dengan umi. Umi control2 suara.

Last time aku sembang dengan tok ayoh lebih kurang 2 minggu sebelum tuh. Setiap 2 minggu mesti aku call Malaysia. Nak cakap sembang2 dengan tok ayoh. Masa tu dia kat hospital. Suara dia tenang2 je. Lepas2 tu 2-3 kali aku call mesti x dpt cakap ngan dia. Tido. Letih.

2 hari aku macam xda semangat langsung. Sehari sebelum tu pak cik aku meninggal. Mintak betol2 Allah kuatkan semangat. Dah la nak exam. Memang xda power langsung.

Banyak sangat kenangan hidup aku ngan tok ayoh. Aku rasa rapat sangat dengan dia. Mgkn sbb aku paling tua yang tinggal dengan dia. Kamcing sangat.

Kalau time makan, biasa kat meja makan ada 2 kerusi 'grand stand', ada kusyen. Yang lain plastik je. Position dia mmg paling best la, sedap2 jer angin masok dari tingkap. Kalau kat grand stand nih lauk sejuk2 pon jadi sedap, lagi2 la kalau time ikan selar goreng cicah budu tempoyak tengah panas2 berasap tuh, xsah cite la..huhh. Biasa satu kerusi untuk tok ayoh, satu lag untuk aku. 'Emang mari dok sini!' Selalu dapat grand stand. Che'[nenek] dengan umi pon duduk kerusi plastik je.

Petang tiap2 hari mesti tok ayoh lepak2 kat beranda sambil baca paper. Selalu join sembang2 ngan dia sampai maghrib. Suka sembang dengan tok ayah. Banyak pengalaman dapat. Kadang2 dia suruh beli goreng pisang, keropok lekor, cucur udang dan pulut bakar. Konon2 nak makan la, sebenarnya nak bagi kitorang cucu2 dia makan. Dia biasa makan sesuap dua je. Aku habiskan.

Time lepas SPM dulu, aku x keje. Umi x bagi. Katanya buat animal apa kalau kerja setengah hari dapat seciput je. Baik dok rumah tolong2. Setiap pagi gi hantar adik2 g sekolah ngan tadika. Pastu jadi driver tok ayoh. Gi kedai. Gi pasar. Gi umah kawan dia. Gi je la mana2 yang dia nak pegi. Tapi ada satu tempat je aku x suka ikut, gi servis kereta. Dah kalau dia jumpa member2 old school dia, siap la, mati lapar la dok menunggu. Satu lagi tiap2 pagi sebelum aku keluar hantar adik aku ke sekolah, mesti masok bilik dia dulu. 'Tok ayoh nak makey gappo ari nih?' Then baru gerak.

Satu benda yang menarik pasal tok ayoh ialah kefemesan dia kat kawasan KB tuh. Tu yang best kalau gi pasar ke, hospital ke, mana2 ngan dia. 'Haji Noor sehat ko?' Ada je yang tegor. Mgkn sebab orang lama. KB pon besar mana je kan. Kalau gi membeli belah konfem dapat murah.

Banyak sangat benda yang aku belajar dari dia. Psal kehidupan. Dia selalu ajar jadi org baik. Jaga agama. Jangan tinggal solat. Suruh banyak bersabar. Hormat orang. Tepati masa. Tepati janji. Jangan suka dengki dengan orang. Biar selalu tolong orang. Jangan suka mengata orang. X penah dengar dia mengata orang. Dia jugak ajar skill camna nak tebang pokok. Nak tebas semak samun. Nak tanam pokok. Depan umah ada pokok pisang, rambutan, betik, nangka, ciku. Pernah sekali ada orang dengki dengan dia simbah asid kat kereta baru dia. Dia buat relax je. Semua yang dia ajar dia tunjukkan dulu.

Tiap2 tahun sepanjang belajar kat Jordan nih, aku akan balik Malaysia. Orang kata manja. Ngada2. Aku peduli apa. Antara sebab paling utama aku nak jumpa tok ayoh. Umi pon selalu x bagi aku balik. Dia kata baik la gi jalan2 sepanjang 6 tahun nih. X payah la nak balik tiap tahun. tapi aku balik jugak. Tapi umi kata tok ayoh biasanya paling sihat time ada cucu2 dia yg balik kampung. Gi cari durian. Gi cari udang. Gi cari benda best2 untuk kami. Last time sblm berangkat balik Jordan, first time aku sedar tok ayah menangis lepas aku peluk dia. Aku pon nak nangis jgk time tu, tapi cover macho.Tak sangka yang tu kali terakhir aku tengok tok ayoh..

Umi kata tok ayoh garang dulu. x dapat bayangkan la macam mana.Sebab yang aku kenal, tok ayoh yang sangat baik hati. Sangat sayang anak2 dan cucu2 dia. X penah marah2.


Tok ayoh dengan cucu2nya












Allah lebih sayang tok ayoh. Aku redha. Aku gembira bila dengar jenazah tok ayoh tersenyum. Tok ayoh selamat dikebumikan di tanah perkuburan kat Tumpat. Dekat dengan kubur ibu dia. Dulu dia selalu bawa aku ke sini. Dia kata kalau dia mati simpan la dia kat situ. Sedeh sangat x dapat tengok dia buat kali terakhir.

Semoga Allah merahmati tok ayoh. Semoga Allah pertemukan kembali kami semua di dalam SyurgaNya nanti insyallah. Al Fatihah..

5 Comments:

  • At 11 March 2009 at 07:51 , Blogger madt said said...

    innalillahi wa inna ilaihi raajiun..

    sabarlah banyak2 mey, ana tumpang bersedih dengan kehilangan orang yang paling enta sayang.. insyaAllah 'satu hari nanti' enta jumpe balikla dgn tok ayah enta tu..

    sama2 kita doakan kebahagiaan dan kesejahteraan buat allahyarham.. semoga rohnya di kalangan orang2 yang soleh..

     
  • At 11 March 2009 at 09:45 , Blogger majdi akhili said...

    ameen

    sama2 la mad. kita yang masih Allah bagi hidup nih pulak macam mane la pembawaan diri kita

    ps- bittaufeeq esok xm kanak2

     
  • At 11 March 2009 at 17:12 , Blogger kher said...

    semoga ditempatkan bersama orang2 yg soleh....

     
  • At 19 March 2009 at 18:58 , Blogger Abdul Munir Sanusi said...

    salam mey
    sori man lambak beri komen blog mu
    gapo2 pong ado hikmahnya
    kade ujian kesusahan lagi mudoh kito nak ingat Dio banding ujian kesenage
    yang pasti husna zhoun pada Dio stp masa
    Allah yarhamhu

    p/s-dia biasa makan sesuap dua je. Aku habiskan.[mey, ni mu tak yah tulih kawe tahu dah]

     
  • At 21 March 2009 at 04:22 , Blogger majdi akhili said...

    hmm..

    memey betol tuh djimon..paling kure pon ingatkan kita dgn mati

    samo2 perbaik diri insyallah

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home