chokora

kenapa 'chokora'? swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah, tinggal kat tepi jalan, makan minum x tentu.(hanya di Kenya) jadi lebih kurang jadinya, kita nih hanyalah 'chokora' di dunia ini, mengharap belas kasih Ilahi. camtu la lebih kurang. moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita, ameen 'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'

Thursday 9 April 2009

kasih kekasih

Sabda nabi saw yg bermaksud,

'Tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia mengasihani saudaranya sepertimana dia mengasihani dirinya sendiri.' [hadith riwayat Al Bukhari]


Sudah pasti hadith ini sangat lazim pada semua. Kalau di sekolah dulu, asal bagi tazkirah pasal ukhuwwah sket pastinya hadith ini antara yang paling popular dituturin. Bergegar dewan time bersyarah.

Untuk exam subjek Hadith pulak, kalau keluar aje pasal hadith nih, hmm memang sedap la nak goreng, 2-3 helai konfem. Tapi klua aje result, seciput je. Awat la jadi lagu ni??

Kenapa? ha kemungkinan besar anda telah..
i- feeling lebih; cthnya soalan hanya menuntut anda bagi terjemahan hadith ini, yang anda bajet best pegi syarah 2-3 helai tu saper suruh?
ii- salah maksud; anda telah menggoreng sehingga hangus.[paham?]

Jadi berbalik kepada hadith tadi. Sesungguhnya banyak panduan yg telah baginda saw tinggalkan kepada kita melalui seerahnya. Sunnahnya. Kemudian terserah pada kita samada nak ikut ataupun tidak. Pham atau tidak.

Contoh mudah berkenaan hadith ini. Antara intipati yang penting ialah tentang kewajipan kita mengasihi saudara kita. Macamana tu?

Apa sahaja yang kita suka, kita nak saudara kita dapat merasainya juga. Kita nak kebaikan ke atasnya, kerana kita sudah beroleh kebaikan itu. [x makan sorang]

Kita mahu berjaya, kita nak dia berjaya bersama. Kita mahu kejayaan dunia dan lebih2 akhirat bersama2. Tu baru konsep berkasih yg sejati.

Dalam masa yg sama, apa yang kita benci menimpa kita, kita juga benci ia menimpa saudara kita. Konsep yg sama juga. Boleh fikir2kan sendiri.

Tapi ingat, paling penting ianya kerana IMAN, kerana ALLAH

Konsep ini tidaklah terjumud hanya pada perkara yang zahir sahaja malah terangkum dalam seluruh kehidupan kita. Apabila kita sudah memahami konsep ini, maka akan berlaku tolong-menolong, nasihat-menasihati, tegur-menegur, dan kasih-mengasih. Semuanya kerana iman.

Dari sekecil2 perkara, spt belanja member ice-cream sbb kita suka btol ice cream tuh. Sehinggalah kita mahu dan cita2kan syurga bersama dengan semua sahabat2 kita.

contoh sket, [hanya rekaan semata]

1- Syamsul nampak sahabatnya Majidi selalu lewat2kan solat fardhu. 2 minit stgh lagi nak asar baru nak solat zohor. 2 min nak maghrib baru nk solat asar. Jadi Syamsul pergi tegur Majidi, dengan penuh berhemah. Tegurnya bukan kerana bencikan Majidi, tapi sbb kasihkan dia. Syamsul mahukan yg terbaik untuk Majidi. Majidi pulak berterima kasih kepada Syamsul kerna menasihati dia. Tak abaikan dia. Kerana Allah.

Amacam?

Baginda saw sendiri dah mempelopori dan menjadi contoh terbaik dalam perkara ini. Kasih baginda pada ummahnya. Kita pula bagaimana?

1 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home