chokora

kenapa 'chokora'? swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah, tinggal kat tepi jalan, makan minum x tentu.(hanya di Kenya) jadi lebih kurang jadinya, kita nih hanyalah 'chokora' di dunia ini, mengharap belas kasih Ilahi. camtu la lebih kurang. moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita, ameen 'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'

Thursday 16 December 2010

buah zaitun

bismillah.

satu minggu lepas balik mekah aritu, ada la sorang member arab segroup datang ziarah tanda menunaikan tanggungjawab sesama muslim. brother tuh nama dia ahmad faraseen, yang mana aku boleh kata budak arab yang paling baik, sopan santun dan x pernah kutuk orang yang aku penah kenal. oh dan juga satu2nya peminat barca yg x eksen, keh3


dari kiri; aku, muner, ahmad musa, ahmad faraseen dan basyir


nak jadi cerita, dah dia duduk ngan family dia, jadi sebagai tetamu yang berhemah dia pon bawak la sikit buah tangan, katanya daripada ibundanya. nak tau apa benda?

sekotak biskut arab, maamul (biskut/kueh arab yg biasa ada waktu perayaan) buatan tangan mak dia, dan benda nih...


hambek kamu sebotol dia besar dia bagi!


haa..ni adalah zaitun makboos, ataupon jeruk zaitun. mmg famous la di kalangan masyarakat kat jordan dan palestin nih.

boleh bayang x banyak mana dia bagi? dia bajet kitorang malaysia ni suka sama benda ini. haha. kira aku pon ada la bgtau member2 sapa2 yg nak boleh datang mintak. x perlu temuduga, tp xde respon sampai sekarang.

jadi aku ijtihad paksa makan setiap hari. dari dulu sebijik sehari, sekarang dah up sket kepada 4 bijik. hoho, inshallah 6 bulan lagi abis la kot. sapa2 nak try makan boleh la mintak ye.

btw, kalau sapa2 yang penah datang kat jordan nih pasti tau pasal jeruk zaitun nih. banyak jer buah zaitun nih dicampur dalam juadah2 harian diorang. pokok2 zaitun pon banyak sangat boleh jumpa kat sini.

pasal buah zaitun nih, teringatlah pulak beberapa kesah..

1- time kat malaysia dulu, arwah ayah aku pernah beli jeruk zaitun nih kat masjid subang. mak aih, ingat lagi first time makan , sebijik jer, sehari suntuk melekat rasanya!! tu yg jadi fobia sket, haha

2- kat jamiah/universiti kitorang banyak pokok2 zaitun jadi penghias jalan. satu hari tuh, ada la dengar satu cerita, wallahuaalam kebenarannya. ada sorang senior kitorang dia kelentong member aku yg naif g makan buah zaitun yang dipetik fresh tepi jalan, apo lagi menggelupurlah dia kepahitan! [dengar kata budak tuh jadi pintar lpas tu, haha]


nampak x pokok zaitun banyak2 belakang pokok pinang tuh?


papepon, menarek buah zaitun nih. nak tau khasiat dia, boleh cari sendiri kat wikileaks, hehe.

"Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun." [96:1]

k tu je. sekian, babai.

wallahuaalam

4 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home