chokora

kenapa 'chokora'? swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah, tinggal kat tepi jalan, makan minum x tentu.(hanya di Kenya) jadi lebih kurang jadinya, kita nih hanyalah 'chokora' di dunia ini, mengharap belas kasih Ilahi. camtu la lebih kurang. moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita, ameen 'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'

Wednesday 21 April 2010

hikmah

bismillah.

arini terasa nak kongsi satu benda yg sangat berguna kepada diri kita semua. sebagai manusia. muslim. hamba Allah, tuhan yg memiliki segala2nya.

sekarang nih berada di penghujung rotation forensics. walaupon tempoh yg sangat singkat (2 minggu termasuk cuti seminggu), aku yakin dan sangat berharap yg ia akan bagi kesan positif, akademik dan paling penting rohani sekali, inshallah.

ye la, dalam masa rotation nih, aku berpeluang tengok 2 autopsy. first time tengok autopsy. seriau, takut, cuak, semua ada. tapi aku rasa yg paling berharga Allah ilhamkan rasa INSAF dalam diri, bahawa kita xkan boleh lari dari realiti yg dahsyat ini, kita akan MATI akhirnya (walaupun kita tahu, tapi seringkali kita lupa).

kedua2 case yg aku tengok semua mati yg tidak ber'sebab'. menambahkan insaf. mati boleh jadi datang tiba2. tanpa sebarang sapa.

balik2 dari bilik autopsy tuh, saja2 pegi tengok papan iklan tepi kelas. nampak benda nih.

jadi aku nak kongsikan ia. moga semua beroleh manafaat.



ya, takut kepada Allah. Tuhan yg memiliki HIDUP dan MATI kita.

'ya Allah, kurniakan kami takut kepadaMu, ameen'

5 Comments:

  • At 21 April 2010 at 12:56 , Blogger Abdul Munir Sanusi said...

    This comment has been removed by the author.

     
  • At 22 April 2010 at 16:00 , Blogger Unknown said...

    kami kat sini kena tgk autopsy 10 xsilap,...lama2 bila selalu sgt tgk kematian,..makin lama hati makin 'selesa',..kematian seolah2 menjadi perkara biasa,...

     
  • At 22 April 2010 at 22:25 , Anonymous deloq said...

    mase 1st case tuh,aku pon terpikir berkuasanye Allah dlm mencabut nyawa hambaNya..
    atheroma yg kecik tuh mampu membunuh manusia yg saiznye barganda2 dr saiz atheroma tuh.

    paling aku sedeh bile tgk kes smlm..umur dia 23, primigravida..mesti family dia smangat nak terima baby baru,tp dpt berita isteri meninggal (T_T)
    [tetibe bergenang air mate igtkan mak..huuuu~]

    "there's no limitation in autopsy"
    nilah kate2 doc mase abdurrahman tanye wajib ke bukak otak..paling sedeh mase doc potong scalp n bukak skull tuh laa...

    benda yg aku dpt dr autopsy nih bkn sahaja utk tau cause of death tp sbgai report card utk para doctor jika ade kesilapan yg kita lakukan yg telah meragut nyawa ptn..(o_O)

    balik dr autopsy smlm trus mood sedeh..sayangilah ibu anda yg berhempas pulas melahirkan anda~ <3

     
  • At 23 April 2010 at 05:18 , Blogger majdi akhili said...

    to deloq : x sangka baru 23 tahun, sama tua ngan kita la.
    oo yeke semalam sampai kene buka tengkorak dia?

    adoi, aku dah x tahan dah semenanya tu. tu yg keluar. asalnya xnak masok pon, tapi basyer ngan abdel semangat pulak. xleh la tengok lama2. x sedap hati.

    to mhuno : tu la hati kena sama2 jaga biar sentiasa 'hidup'. x gitu?

     
  • At 24 April 2010 at 03:23 , Anonymous deloq said...

    aah..mase nak bukak skull tuh bau dia lg kuat ah..then doctor belah2 otak n amik pituitary utk buat histological exam..pituitary sgt comel,kecik je~

    ade sorg doc muda belah kidney sgt kemas..kagom \(^o^)[nanti nak try skill yg dia tunjuk tuh la]

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home