chokora

kenapa 'chokora'? swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah, tinggal kat tepi jalan, makan minum x tentu.(hanya di Kenya) jadi lebih kurang jadinya, kita nih hanyalah 'chokora' di dunia ini, mengharap belas kasih Ilahi. camtu la lebih kurang. moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita, ameen 'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'

Sunday 5 December 2010

suatu hari bersama tuan guru

bismillah.

hari tarweeh, 8 zulhijjah 1431H

(baru abis solat zohor di perkarangan masjid al haraam..)

hilfi : mey..mey! mu napok dok dato seri taib mahmud tuh? hok paka jubah kuning tuh!
aku : konfem ke die?
hilfi : ho la, aku nih kan anak jati serawok! (padahal kecek kelate). mesti la kenal ketuo menteri negeri aku! jom la temey g tegor dio. jom la.
aku : malas la, nak beribadah nih (keh3)
hilfi : oh xpo eksen. xpo2, kalu tibo2 kito jupo Tuan Guru Nik Aziz aku xsey g jupo!!

(hilfi kelihatan gembira setelah berjumpa ketua menterinya. pastu rilek2 la sampai waktu asar. usai solat jenazah selepas solat asar, tiba2 hilfi datang dgn tergesa2..)

hilfi : mey mey! acu mu kelih alik kanan tuh. tuh bukan tok guru nik aziz ko?
aku : haah la. wowooo..
hilfi : jom la g tegor!!
aku : jom2.

kitorang (hilfi, hazim, aladin, munir dan aku) pon pegi la slow2 jumpa tok guru. segan gak nak g mula2 sbb takut ganggu tok guru dok berwirid. tapi lpas tnya (entourage) dia kot, kitorang tawakkal j la.

alhamdulillah, walaupon dalam tempoh lebih kurang 2 min je, kami sempat saling bertanya khabar. tok guru yg nampak agak keletihan mesra melayan kitorang. tanya kitorang dari mana, belajar ape, orang mana dsg..sampai la..

TGNA : tuh enta ko tuleh khat kat beg tuh? (sambil tunjuk kat beg aku, yg tertera tulisan nama aku dalam khat riq'ah)
ana (dah alim sket) : ye2 saya..(segan2 sbb x cun)
TGNA : belajar ko?
ana : hmm ado la time sekoloh dulu2..x reti mano pon.
TGNA : hmm molek. como..huruf 'dal' tu betol ko tuleh lagu tuh?
ana : hmm saloh sket. tuleh x betol..(bertambah segan, tau2 la pulak tok guru pasal khat nih, keh3)

adoi. terkantoi pulak dengan tok guru. menyesal x pernah g kelas khat time kat maahad dulu. hehe.

selesai sembang2, kami minta izin nak bergambar kenang2an sket.



hmm camtu la sdkt sebanyak. x sangka boleh jumpa tuan guru kat tanah haram. syukur sangat. mana x nye, dok kelantan dah dekat 8 tahun pernah sekali jer jumpa dekat2. tu pon di tengah2 18 juta org lain, haha.

kali ni dapat salam, sembang2 dan bergambar kenangan. mmg rasa teruja sangat dapat jumpa org2 alim dan soleh2 nih. dapat rasa 'haibah' dia. masyaAllah.

teringat aku dgn satu doa daripada nabi saw, yg diajarkan dalam satu kuliah tok guru dulu2. molek untuk diamalkan.

(yg bermaksud)

"Ya Allah jadikanlah aku kekasih di sisiMu, dan orang yang disegani di sisi manusia, (tetapi) dan hina di sisi diriku sendiri!"

sekian. wallahuaalam

3 Comments:

  • At 7 December 2010 at 09:02 , Anonymous Anonymous said...

    "Ya Allah jadikanlah aku kekasih di sisiMu, dan orang yang disegani di sisi manusia, (tetapi) dan hina di sisi diriku sendiri!"

    ameen ya rabb

     
  • At 10 December 2010 at 14:35 , Blogger Muhammad Warouq bin Qamar said...

    uish jumpe tuan guru! caya la. alhamdulillah bertuahnye..org kelantan pon susah nak jumpe ni pulak org negeri lain. berangan je la. heh

     
  • At 11 December 2010 at 01:17 , Blogger majdi akhili said...

    hehe sbnrnya senang jer nak g jumpe tok guru. g la solat subuh kat surau tok guru kat pulau melaka. kire2 lpas setengah jam abis solat boleh la jumpe.

    lagi elok buat mcm org ramai, bawak baby di pagi jumaat, mintak belah mulut ke ape, tp yg tuh lame lagi la kot, hehe

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home