chokora

kenapa 'chokora'? swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah, tinggal kat tepi jalan, makan minum x tentu.(hanya di Kenya) jadi lebih kurang jadinya, kita nih hanyalah 'chokora' di dunia ini, mengharap belas kasih Ilahi. camtu la lebih kurang. moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita, ameen 'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'

Wednesday, 12 January 2011

best sembang dgn org tua


bismillah

tadi petang aku ada sembang2 sama seorang pak cik arab kat padang main bola. mula2 boleh sembang sbb dia pandai cakap bahasa melayu. asalnya dia nampak aku tengah gaduh sama seorang mamat arab. dia masuk campur damaikan.

lepas berkenalan serba sikit, kitorang pon jadi sembang2 lama plak. dia rupa2nya dah pernah ke malaysia. dok sana 5 tahun lebih. mengajar beberapa sekolah kat perlis ngan negeri mana ntah x ingat.

intipati yg menrarik yg aku nak kongsi kat sini, mmg best apa yg aku dapat daripada pak cik nih.

dia bgtau, semua bangsa kat dunia nih ada yg baik dan ada yg x baik. kelebihan dan kekurangan. dia bagi contoh bangsa arab dan bangsa melayu.

bangsa arab, nampak jer keras kepala, keras hati tapi sebenarnya mereka nih baik je. dia bg contoh, mamat yg baru gaduh ngan aku tadi, nampak macam penjahat tapi sebenarnya baik hati. (pakcik nih cakap dalam bahasa melayu, so mamat nih x paham, sengeh2 jer). suka tetamu, suka muliakan tetamu. bila2 masa boleh terima tetamu. dia kata kalau x percaya ko boleh try. (sambil tunjuk kat budak2 yg aku gaduh tadi, mamat tu sengeh jer). tapi diorang nih kasar. kurang sensitif. nak bergurau x reti. gurau biawak orang kelantan bilang.

skrg masuk bangsa melayu. selama dia duduk kat msia, dia kata dia dah kenal la sedikit sebnyak perangai diorang. apa yg dia nampak, bngsa melayu nih mmg beradab. sopan . dan beberapa sifat2 mulia lain. tapi kurang mesra dan sangat sensitif. HSP katanya. highly sensitive person. (dia even bgtau-suka simpan dalam hati). haha. x macam arab, gaduh mcam nak berbunuh, sdar2 minum kopi sekali lpas tuh. yg nih mmg aku akui, boleh tengok sendiri kat jordan nih. jugak, bangsa kita yg kurang terbuka, dan kurang friendly, baik sesama sendiri mahupon bangsa asing.

ala kulli haal, tu antara benda yg kitrg sembang. banyak la lagi nasihat2, skil2 kehidupan yg dia bgtau. pokok pangkal katanya, yg sangat aku setuju..

"jgn kamu kata satu bangsa ini lebih baik daripada bangsa itu. bangsa arab lebih baik daripada bangsa melayu ataupun sebaliknya. tetapi yg terbaik adalah yang mengambil Islam sebagai cara hidup mereka. sbb semua yg baik2 semua ada dalam ajaran Islam. ambil yg baik dan buang segala keburukan."

kesimpulan, memang best sembang ngan orang tua2 nih. teringat dulu2 selalu lepak2 ngan sembang2 ngan arwah datuk aku. selalu dapat belajar skil2 kehidupan. sangat berguna ye anak2.

bg aku, ada la beberapa perkara yg aku x berapa setuju 100% ngan pakcik nih, ttp dalam masa yg sama banyak jugak yg aku xleh nak sangkal kesahihanya. syukur Allah susun aku tersembang dengan pakcik nih. banyak yg aku belajar drpd dia.

p/s; time tanya nama pakcik arab tu, dia jawab, "Haji Muhammad" sambil tersengeh comel.

4 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home