chokora

kenapa 'chokora'? swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah, tinggal kat tepi jalan, makan minum x tentu.(hanya di Kenya) jadi lebih kurang jadinya, kita nih hanyalah 'chokora' di dunia ini, mengharap belas kasih Ilahi. camtu la lebih kurang. moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita, ameen 'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'

Friday 22 May 2009

basmati atau ugali?

bismillah..sebagai renungan bersama, inshallah

sebuah lagi ceritera [pinjam jap ye hilal] hebat dari majdi akhili [mcm x brp best jew nama pena nih, keh3]

Rizal seorang budak yg miskin. Benar2 miskin. Kerja x menentu. Betol x pancing nih. Tiap2 hari x cukup makan. Maka pada suatu hari yang biasa2, dek kerana x makan 2 hari setengah, Rizal terguling sakit. X larat walau nak bergerak, apatah lagi bermain bola.

Nasib baik masuk hari yang ketiga x makan, keadaan gering Rizal disedari temannya yg baik hati lagi mengambil berat, Eman. Kalau nak tahu, Eman adalah teman sedari tadika kemas sehinggalah sekarang, dah dekat 24 tahun persahabatan mereka. Selama ini, kalau ada apa2 masalah, Eman lah yang menjadi tempat bergantung.

[..mesti anda tertanya2 ke manakah Eman tatkala 2 hari setengah Rizal kelaparan? Di manakah keprihatinan Eman akan kesusahan Rizal? Kata kawan baik? Ek eleh, ilek2 la kan. Jadi kamu ingat Eman xda kerja lain selain nak sms tanya khabar setiap hari? Walaupon dalam kes nih Eman sebenarnya g Nairobi untuk urusan bisnes Ugalinya. [Ugali: antara makanan asasi Afrika]. Tapi seperti biasa, Eman dah berpesan kat Rizal, kalau ada apa2 masalah, jgn segan2 roger. Eman akan tolong selagi termampu. Baik sungguh hati Eman. Btw, Eman ialah chairman syrkt Ugali Malaysia, UGAMAS]

Begitulah kitaran relasi hidup antara mereka. Time susah, biasa akan dicarinya Eman. Tapi kalau time senang..Rizal x pernah hidup senang.

Nak dijadikan ceritera, suatu hari yg hening, dek kerana terlalu kasihan dan kasihkan sahabatnya si Rizal, sambil2 bisnes Ugali yang semakin berkembang, Eman menawarkan Rizal untuk bekerja dengannya. Dalam tempoh hanya 2 tahun setengah, dari pengilat kasut, sehinggalah naik taraf sebagai menjadi setiausaha. X main kronisme2, semua hasil kerja keras Rizal.

Time nih bisnes Ugali mereka memang x ingat punya laris. Sehinggakan Ugali di Malaysia dah sama standart ngan beras basmati. Dah ada ugali beriani, ugali mansaf dan ugali minyak. [dikatakan, kalau kenduri kawen xda menu ugali minyak, x meriah la gamaknya]. Ada bunyi2 mengatakan kejayaan nih banyak hasil jasa dan kerja keras Rizal. Ada benarnya.

Sehinggalah pada suatu hari, pengeluar terbesar beras basmati waktu tu, En Nadal Al Qastarah, [usahawan terkenal berdarah melayu, arab dan sepanyol] yg merasa tergugat, telah cuba bermain keji. Menawarkan habuan 3 kali ganda pendapatan kpd Rizal. Dua syarat, bekerja dengannya secara rahsia dan hancurkan bisnes ugali Eman. Walaupun pada mulanya Rizal menolak, namun setelah digoreng baik oleh En Nadal yg kononnya mengatakan Rizal lah yg menjadi punca kejayaan mereka, di samping gagal dinaikkan pangkat sebagai rakan kongsi setelah lama berjasa [2 tahun?] dan lebih hensem daripada Eman [?], Rizal akur.

Sedikit demi sedikit perancangan busuk mereka dilakukan. Seperti biasa dipendekkan cerita, bisnes ugali agak terjejas sehingga memaksa Eman menggunakan skill maut mencari puncanya, terbukti ia ada kaitan dengan Rizal dan En Nadal. Skill peringkat tertinggi digunakan berjaya memerang-kap Rizal. Dipecat Rizal tanpa segan silu serta merta beserta pakej luku 23 kali tanpa henti.

Keadaan kembali pulih. Syarikat UGAMAS kembali rancak. Dan sepanjang tempoh itu jugak lah Rizal x putus2 memohon kemaafan dari Eman. Agak2 dlm 2 tahun setengah gitu, atas dasar sahabat seagama di samping kilauan ikhlas mata Rizal setempoh itu, akhirnya Rizal diterima semula bekerja dengan Eman. Kembali menjadi pengilat kasut. Rizal sangat bersyukur dan terharu.

tammat sudah ceritera yg ntah apa2 nih kan.

jadi rasa2 apa istifadah daripada cerita nih? sapa2 nak kongsi?

2 Comments:

  • At 22 May 2009 at 21:10 , Anonymous anon said...

    Eman itu memang baik orangnya walaupun kurang sikit hansemnye dr Rizal.



    (ni kire istifadah ke?. haha)

     
  • At 23 May 2009 at 03:13 , Blogger majdi akhili said...

    hoho cuba buat lawak yer en anon..

    camni, cuba bace balik apa yg anda tulis tuh 18 kali, pastu kalau rase2 ade dpat faedah maka btol la tuh..keh3

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home