mati itu pasti
bismillah..
Sepanjang tempoh sebulan terakhir ini, aku banyak terfikir akan kematian. Terasa dekat sangat dgn mati. Beberapa sahabat sudah dipanggil Allah. Serta merta. Masih muda. Sangat benarlah firman Allah yg bermaksud,
"tiap2 yang berjiwa pasti akan merasai mati." [Ali Imran : 183]
Kematian akan mengingatkan kita dengan Allah. Teringat kata seorang sahabat,
"barangsiapa yg sering mengingati mati, nescaya dia akan menemui kehidupan."
Sangat benar. Tidak diragukan, seorang mukmin itu pabila mengingati kematian, pasti akaan menemui, menyedari bahawa dia akan dipersoalkan setiap amalan. Sesungguhnya natijahnya samada taman2 syurga ataupun jurang2 neraka.
Seorang mukmin ketika menyedari serta mengingati semua itu, menginsafi dan menghayati pemikiran itu, pasti hatinya kan merasai takut yg teramat kepada Allah. Lalu sentiasa cuba bermuraqabah diri kpd Allah, dalam keadaan terang dan tersembunyi. Seluruh hidupnya akan menjurus ke arah mencari redha Allah semata2. Membuat persedian sebelum bertemuNya. Untuk mendapat tempat di sisi Nya yg Maha Mulia, bersama para nabi, siddiqeen, syuhada dan para soleheen. Ameen.
Inilah kehidupan yg sebenar!
Daripada Tarmizi ra daripada Abu Hurairah ra, baginda saw bersabda yg bermaksud,
"perbanyakkan mengingati sesuatu yg menhilangkan kelazatan, iaitu kematian."
Dalam hadis lain, diriwayatkan oleh Abi Dunya dan At Tabarani, Ibn Majah dan Baihaqi, dan Ibn Umar,
Seorang lelaki bertanyakan nabi saw, "mukmin manakah yg paling cerdik?" Sabda Nabi saw: "Yang paling banyak mengingati mati dan paling baik persediaan mereka selepas mati. Mereka itulah yg paling cerdik."
Moga kita yg masih hidup ini mengambil iktibar. Selagi nyawa dikandung badan!

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home