chokora

kenapa 'chokora'? swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah, tinggal kat tepi jalan, makan minum x tentu.(hanya di Kenya) jadi lebih kurang jadinya, kita nih hanyalah 'chokora' di dunia ini, mengharap belas kasih Ilahi. camtu la lebih kurang. moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita, ameen 'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'

Monday 24 August 2009

mulut masin

Bismillah...mula2, ramadhan kareem buat semua. nak bercerita lagi..


Pernah dengar beberapa pepatah atau 'kata2 org tua'?

Kalau mimpi gigi patah maknanya ada ahli keluarga yang akan meninggal..gigi atas keluarga ayah gigi bawah sebaliknya..

kalau pakai baju terbalik maknanya nak dapat duit..

kalau duduk atas bantal nanti akan naik bisul..

kalau makan tembikai sama madu buleh jadi mabuk..

dan banyak lagi kalau, dan kalau dan kalau.


Tapi sejauh mana kebenaran benda2 sebegini? Hehe..apa yang aku boleh simpulkan kebanyakan kata2 ini kebanyakan hanya untuk menasihati generasi2 muda la..walaupon x dinafikan ada la beberapa yang sudah terbukti kebenarannya. Jeng3


Tapi kali ni saja nak kongsi pengalaman beberapa hari lepas sampai KB aritu.

Alkisahnya pada satu hari, mak aku suruh pergi ambik adek aku dari sekolah kat Tanah Merah, 50 km dari KB. Dengan muka yang 'rajin', aku pon pergi la. Bawak keta pon syahdu2 je, kerana sbg anak soleh, terngiang2 pesan mak aku,


'Bawak keto molek2, x soh glenya la nak bawak laju2, mu nak keja gapo?'


Aku cuak gak ngan mak aku, takut masin lak mulut. Pendek cerita 2 jam lepas tu setel sumer. Baru 99 saat balik nak rilek2, mak aku sekali lagi mintak jadi driver dia. Nak g jumpa mak cik aku yg tggl kat KL, tiba2 muncul kat bumi KB ni. Adui!


Aku pon sepantas kilat menyambar baju t-shirt dalam bilik, terus masuk kereta. Terus ke tengah bandar. Jumpa la mak cik aku tu. Sembang2. Sengeh2. Pastu tunggu mak aku 'bermesyuarat' dgn mak cik aku. Layan j la.


Lebih kurang 30 min lpas tu, kitorg pon nak kene beredar. Mak cik aku kene sambung kursus dia.

Aku pon g la salam mak cik aku nak berpisah. Tiba2....


Keh3, terselit not RM*** bersama2 salam tersebut. Syukur alhamdulillah. Mgkn sebab ikhlas jadi driver kot.


Sesampai kat umah, aku pon g balik bilik nak tukar baju nipis sikit. Panas. Sekali...


Aku ternampak kat cermin. Baju yg aku pakai..TERBALIK!!!


Maka teringat lah aku dengan satu pepatah org2 tua,


'Kalau pakai baju terbalik maknanya nak dapat duit!!'


Jangan biarkan hidup anda diselubungi..MISTERI.


Sekian, wallahuaalam.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home