chokora

kenapa 'chokora'? swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah, tinggal kat tepi jalan, makan minum x tentu.(hanya di Kenya) jadi lebih kurang jadinya, kita nih hanyalah 'chokora' di dunia ini, mengharap belas kasih Ilahi. camtu la lebih kurang. moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita, ameen 'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'

Monday 19 October 2009

mati lagi

bismillah..

tadi main2 internet, tbaca satu berita yg menyedihkan. walaupon banyak j berita yg sdeh2. tp yg ni lain sket. 3 sekawan rentung dalam kemalangan. yg buat aku lebih terasa, sbb kejadian tuh berlaku dekat dengan umah aku kat kb. dalam 5 min naik keta.

jalan tu mmg jalan utama la nak ke bandar kb nih. jadi kire time aku balik malaysia ari tuh berjuta kali la aku lalu jalan tuh.

yg lagi sdeh, punca kmlgn adalah kerana nak elak kucing yg melintas jalan (menurut driver yg terselamat). tp bukan slh kucing tuh. Allah da susun macam tu.

jadi aku terfikir 2 perkara.

1- bahawa ajal maut x kenal masa.

2- ajal boleh datang dalam banyak bentuk. boleh jadi kemalangan jln raya, boleh jadi time mandi sungai pastu lemas, boleh jadi time makan sambil gelak2 tang2 tercekik habis biru muka. boleh jadi time x buat apa2. boleh jadi dan boleh jadi...

tu la dalam islam, nabi saw ajarkan kita spy sentiasa berdoa. salah satu doa yg dituntut ialah doa agar diambil nyawa dalam keadaan yg terbaik skali.

'allahummakhtim lana bihusnil khaatimah'

boleh tengok dlam internet, banyak video2 pasal mati nih.

pernah sekali tuh, aku tengok satu video sorang sheikh nih yang Allah ambil nyawa dia dalam keadaan dia tengah duduk mengajar anak2 murid dia. nampak mudah dan tenang jer. subhanallah.

ada jgak tengok yg ajalnya sampai time dia tengah but benda2 yg lagho.

jadi sebenarnya mati ini adalah satu peringatan kepada kita semua. org muslim mukmin.

supaya sentiasa persiapkan diri dengan bekalan untuk akhirat.
supaya time Allah nak ambik nyawa kita nanti kita sudah bersedia.

tadi ada tengok video pasal org2 kat palestin. diorang nih bila2 masa Allah boleh panggil mereka. jadi mereka macam dah sentiasa bersedia untuk mati. subhanallah. tu kat tempat yg bergolak.

tapi kalau kita yg dok kat tempat aman damai nih. macamana yer?

'org yg paling bijak ialah yg sentiasa mengingati mati.'

3 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home