chokora

kenapa 'chokora'? swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah, tinggal kat tepi jalan, makan minum x tentu.(hanya di Kenya) jadi lebih kurang jadinya, kita nih hanyalah 'chokora' di dunia ini, mengharap belas kasih Ilahi. camtu la lebih kurang. moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita, ameen 'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'

Monday 5 January 2009

ingatlah diri!!

bismillah..
[peringatan untuk diri dan sesiapa saja yg mahu]

apa yang boleh kita ambil pengajaran daripada apa yang terjadi di Gaza?

~takbiiiiiirrrrrrrrrrrrr!!!! [lepas dengar ceramah pasal palestin]
pastu tido..

~kita jangan biarkan sahabat2 kita diperlakukan sebegitu rupa, kita wajib mempertahankan hak2 saudara kita di Gaza!!! [kali ni bagi ceramah]
pastu balik tengok movie..

~ ' saudara2 kita di Gaza, Acheh, Pattani dan seluruh dunia memerlukan bantuan kita..' [pastu ada tabung 'UNTUK GAZA', seluk poket keluarkan JD1 sambil bermonolog, 'oh banyak da nih']
pastu g KFC belanja sampai JD10, 'hohoho, makan2 ada promosi, kalau x biase JD10.500! '

muhasabah

sepatutnya apa yang berlaku di Gaza sekarang nih dah cukup, atau boleh kata lebih daripada cukup sebagai peringatan kepada kita, siapa kita? MUSLIM MUKMIN yang mengaku beriman kepada Allah swt, untuk kembali kepadaNya.
' innamal mukminuna ikhwatun ', firman Allah yang menjelaskan hakikat bersaudara, yang sepatutnya turut serta merasai apa yang dilalui saudara2 di sana. Sabda Nabi saw, yang bermaksud;

'Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam segi berkasih sayang dan berlemah lembut seperti satu jasad; apabila satu anggotanya mengadu kesakitan, anggota-anggota lain turut merasakannya dengan susah tidur dan demam.' [HR. Muslim]

lihat petikan berita ini;

' At least 11 Palestinians, including one child, have been killed after Israeli forces struck a mosque during prayers in the town of Beit Lahiya, north of Jabaliya in the Gaza Strip.' [AlJazeera, Jan 4]

subhanallah!! husnulkhatimah!!

Pening, lelah, letih , lesu, x sihat, banyak kerja, ada exam, sakit pinggang, sejuk, game sikit lagi nak abis, masjid jauh, selipar hilang dan seribu satu macam alasan boleh kita reka. x malukah kita pada saudara2 kita di Gaza? kanak2 dan saudara2 kita itu syahid dalam keadaan mereka mempersembahkan diri kepada Allah! sanggup melangkah ke masjid dalam keadaan mereka dibom, dalam keadaan nyawa mereka terancam! subhanallah..
bagaimana dengan kita? mungkinkita mati dalam kenyang, dalam keadaan solat dan kewajpan yang masih belum tertunai, dalam keadaan berdosa, dalam keadaan sedang melakukan mungkar kepada Allah..na3uzubillah

' Allahummakhtim lana bihussnilkhaatimah, wala takhtim 3layna ya Allah bisuu2ilkhaatimah..'

astaghfirullah, apalah sangat iman kita ini, rasa2 lah kalau nak dibandingkan dengan iman mereka? nak berpidato tentang JIHAD? nak berdebat tentang DAKWAH?
x payah la selagi mana hati ini x dapat mahu dikawal dengan iman, hati ini x bersedia untuk berkorban harta dan masa, hati ini masih lagi tewas dengan hawa nafsu yang sentiasa menggoda.

sumbangan

bagi kita yang xda kemampuan untuk turut serta berjuang bersama2 di medan jihad yang sebenar (mampukah kita?), inilah jihad kita.

1- Doa
- dalam setiap solat, dan setiap waktu2 mustajab, sesungguhnya doa itu senjata org mukmin.
2- Derma - apa2 sahaja, kalau ada peluang. Boleh jadi duit, derma darah dan sebagainya.
3- Beri kesedaran - melalui ceramah, kempen, penulisan dsg
4- Boikot - yang ni ramai yang payah sket. Kene yakin walaupon kita x nampak dengan mata kepala kita sendiri.

yakinlah kita dengan sumbangan2 ini walaupon kita tahu ianya sangatlah sedikit, umpama pipit2 yang yang mencurahkan titisan air dari paruh mereka untuk memadamkan unggun api yang marak membakar nabi Ibrahim as.

kata As Syahid Sheikh Ahmad Yasin ketika ditanya wartawan asing berkenaan peranan yang boleh dilakukan umat Islam untuk membantu mereka,

' lakukanlah apa yang kami lakukan di sini, di tempat kamu. (jalankan dakwah dan tarbiyah) '


sekian, wallahuaalam

[diingatkan peringatan ini adalah untuk diri sendiri dan sapa2 yang mahu]