chokora

kenapa 'chokora'? swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah, tinggal kat tepi jalan, makan minum x tentu.(hanya di Kenya) jadi lebih kurang jadinya, kita nih hanyalah 'chokora' di dunia ini, mengharap belas kasih Ilahi. camtu la lebih kurang. moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita, ameen 'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'

Tuesday 23 June 2009

sepetang bersama

bismillah..

Pada satu petang kat Masjid Al Haram, kat Malik Fahd. Lepas solat Zohor, aku pon baca Quran. Sambil ulang2 sket surah2 lazim yg dah x berapa nak ingat, sekali ada sorang lelaki sebelah aku tegur.

Orang arab. Janggut sejengkal. Umur dalam 40an kot. Dia tanya aku. "Eh apa kata kalau aku tolong tasmik hafalan engkau? Ko hafal satu Quran ke?" Mgkn dia nampak aku tangah menghafal tadi kot. Aku pon balas, "Sori la sheikh, aku x hafal sumer Quran, sket2 jer.[mengkudu]. Surah2 lazim." "Oh kalau macam tuh Yasin hafal? Bace lah, aku nak dengar."

Nasib dia tanya surah Yasin. Pastu aku pon baca la sampai habis. Selasai tuh kitorang sembang2 sket. Nama dia Muhammad. Panggil dia Abu Abdurrahman. Gaya macam sheikh, sekali cikgu kimia. Org Mesir.

Lebih kurang 5 minit berkenalan, Abu Abdurrahman pon cadang soh aku sambung baca Quran sementara nak tunggu Asar. Dia nak dengar. 3 juzuk jugak sempat baca ngan dia. Ada salah dia betolkan. Silap baris, silap makhraj, silap sebutan dan tajwid. Seriously aku rasa happy sangat time tuh. Selain daripada dia yg sangat mesra dan baik hati, aku teringat time2 aku baca Quran dulu2. Time aku baca ayah aku dengar. Walaupon x secara formal, sambil2 baring atau rehat2, setiap kesalahan aku abah akan tegur. Rindu.

Tapi apa yg aku nak kongsi kat sini sebenarnya ialah satu pesanan dari banyak2 pesanan Abu Abdurrahman ptg tuh yg aku rasa sangat berguna kat aku. Harap2nya untuk semua sekali.

"Aku nak bg nasihat sket nih. Terutama pada ko golongan2 muda nih. Paling penting ialah jaga hubungan dengan Allah. Ambillah saidina Yusuf a.s. sebagai contoh. Perasaan takut kpd Allah memberi kejayaan pada dia. Zaman muda nih adalah zaman yg paling mencabar dalam kehidupan. Cabaran, dugaan dan godaan hawa nafsu akan sentiasa datang. Tapi ingat, kalau engkau letakkan takut pada Allah sebagai asas kehidupan, semua benda ini akan mampu kau hadapi dengan mudah."

Terima kasih. Nasihat dari seorang muslim kepada saudaranya.

Sekian wallahuaalam.

Tuesday 9 June 2009

apa khabar IMAN?

bismillah..

Alhamdulillah, segala puji bagiMu ya Allah atas sgl nikmat2 yg x pernah putus. Maka dgnnya jadikanlah kami org yg bersyukur, bukan org2 yg kufur. Ameen.

Berasa lega dah abis xm nih, otak tenang hati pon senang. Namun sejenak terfikir jua, akan natijah daripada xm nih. Di dunia [mintak2 elok2 semuanya], dan lebih2 lagi di sisiNya yg Maha Menghitung.

Letih kita, x tido kita, atau terlebih tido. Makan x menentu, atau terlebih makan nak lepas tension. Belajar kita?
Ada x saham di sisi Allah?
Dan yg paling penting, hubungan kita dengan Tuan punya sesuatu, Allah yg Maha Berkuasa.

Macam mana hubungan kita dgn Dia? IMAN kita?

Adakah makin bertambah dek kerana rasa cuak nak xm?
Atau makin berkurang sbb terlalu sibuk ngan xm?
Atau maintain2 jer?

Persoalan lain pulak, macam mana pulak Iman post-xm?
Kalau bertambah sebelum xm, lpas xm adakah masih berkadar terus peningkatan Iman kita?
kalau yg berkurang? kalau yg maintain tadi?
Atau aku x kisah pon....
Tanya2 la yer diri sendiri, tanpa perlu tepuk2 dada.

Sepotong hadis saw, antara nasihat baginda saw kpd seorang sahabatnya, sabda yg bermaksud

' katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau istiqamah.' [Muslim]

p/s- esok inshallah aku dan bbrp sahabat berpeluang ke tanah suci bg mengerjakan Umrah. Maka dipohon doa kalian, moga dipermudahkan segala urusan, Ameen. Inshallah kalian jua dalam doa kami.

'Moga Dosa Terampun'