chokora

kenapa 'chokora'? swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah, tinggal kat tepi jalan, makan minum x tentu.(hanya di Kenya) jadi lebih kurang jadinya, kita nih hanyalah 'chokora' di dunia ini, mengharap belas kasih Ilahi. camtu la lebih kurang. moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita, ameen 'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'

Thursday 23 April 2009

sepi tanpa kata

bismillah..

Dua ari lepas, terjadi perbualan dengan sorang member arab sedarjah, sheikh Nimr, dari Palestin.

Aku : Eyh Nimr, guano kiro main bola marin? Sapo meney?
Nimr : Ooo..alhamdulillah, sek2 aku meney 5-2. Esok final. Jom la kelih, sokong sek2 aku.
Aku : Hmm molek gok tuh. Esok pon komih doh. Main nge sapo?
Nimr : Jolo sengoti. Tapi x tau lagi lawe sapo. Saudi atau Palestin. Ok kiro set la ni dok? Ko guano? Inshallah esok lpas kelas kito g skali la deh. Kol 4. Ok la, bereh.
Aku : Seta!

Cenggitu la lebih kurang isi2 pentingnya. Jadi hari ni, seperti yg dah setuju, kitorang pon g la kat stadium tertutup jamiah. Iraq lawan Saudi, juara bertahan. Finale. Ramai penonton. Riuh rendah dengan sorakan dan paluan gendang style arab. Meriah.

Pendek cerita, keputusan akhir berpihak kepada team Iraq, menerusi sepakan penalti selepas seri 3-3 sepanjang game tu. Memang agak best la game tu. X rugi miss tido ptg td. Nak citer satu2 macam panjang sangat. Jadi aku nak cerita apa yg tersirat je la, yg boleh kita2 ambik pengajaran.
1- On d way nak ke stadium, aku sembang2 ngan sheikh Nimr. Banyak nasihat yg kami kongsi2. Paling menarik, die banyak kali berdoa spy Allah bantu die dalam game nanti. [dalam hati aku malu, spnjg aku main bola kejohanan mane2 la, xde la macam nih, astaghfirullah]
2- Satu masa tu, team Iraq tgh ketinggalan 1-3, masa tinggal 5 minit lagi. Tengok macam dah xde harapan sangat. Tapi diorang main dengan penuh semangat juang dan akhir skali dpt sumbat 2 gol. Last skali menang penalti. Xde putus2 asa bro! [kalau team Msia la, lilasaf, lauk la jawabnya kalau da kene tinggal, siryes]
3- Lpas abis game. Hadiah piala kecik ngan medal sorang satu. On d way balik, aku tanye la diorang, ade hadiah lain lagi ke? X kan ni jer kot? Korang main dah separuh nyawa tadi? Dengan selamba die jawab, 'Ni je la. Yang penting kitorang gembira, puas dapat main bersungguh2 sepenuh hati!!' [aku spt biasa, malu sekali lagi]

Oh sebenarnya nak bgtau asal aku rajin lak g sokong team Iraq. Sebenarnya Nimr nih org Palestin, tapi kire import main ngan Iraq. Sekali ngan die sorang lagi member baik aku, Bakr. Kire orrait la aku nak g sokong diorang nih. Cerita la sket pasal 2 orang sahabat baik aku nih. Dua2 daripada Palestin. Daripada pengamatan aku dah 4 tahun duduk di Jordan nih, orang palestin nih ada 2 jenis. Satu yg biasa2 atau pening2 sket, satu lagi yg jenis btol2 alim[mutadayyin atau berjurus]. Personally aku mmg segan ngan diorang. Kalau berjalan sekali, selalu ada je nasihat, hadis2 diorang bgtau. Tapi aku suka kawan ngan diorang, segan2 pon kurang2 ada banyak manfaat. Boleh baiki diri. Inshallah.

Pastu diorang nih mmg setiap waktu solat mesti ada kat masjid.[Nimr x pasti sbb duduk jauh, tp aku yakin sama jer].

'Pemuda yang hatinya terikat dengan masjid2..'

Begitulah antara golongan yg beroleh perlindungan Allah di Akhirat nnti, bak maksud sabda baginda saw. Moga kita tergolong sama. Ameen.

Teringat lak kat Ustaz Daniel [ustaz aku dan juga bekas pelajar Jordan dan Syria], pernah pesan time nak g Jordan dulu, ternyata benar kata2nya.

'Aiman, enta kalau nak cari sahabat arab, carilah orang2 yg selalu ke masjid. Inshallah biasanya mereka2 nih akan bawa kita kpd kebaikan.'

Perangai diorang pulak, subhanallah. Xder gelak x pasal2. X suka bende2 lagho. Suka menasihati kalau nampak kita buat salah. Gembira dengan makruf, dan jelas benci mereka pada mungkar. Berdamping dangan org2 nih mmg banyak boleh bg muhasabah pada diri.

Petang tadi jgak, kire2 nak sampai umah [umah Bakr sebelah bangunan jew], Bakr sempat tanye aku..

Bakr : Eyh Emang, mu tau dok, aku kelih koho rama budak2 perempuan malaysia hok paka..hmm..baju sek2 dio..hmm..mu pehey2 la dok?
Aku : hmm [sepi tanpa kata]
Bakr : Mu jangey biar bendo2 gini. Mu keno la nasihat sek2 tu. Eyh, aku sero aku ajin oyak doh ko mu pasal bendo2 nih key?
Aku : Hmm..tapi aku..[...]

Dulu dalam setahun lepas, dia ada tanyer aku, ade x student2 melayu selain Malaysia? Sbb die nampak satu group macam Maliziyyat yang dengan pakaian yg x biasa dilihat sebelum2 nih.

Betapa baiknya imej kita sebelum nih. Imej yg Islamik. Imej yg Allah redha.

Dan untuk keberapa kali, ketika itu..dan juga ketika ini..aku hanya..sepi tanpa kata.

Tuesday 14 April 2009

budak kecik

bismillah..dengan namaMu aku mohon keampunan



















Saja nak bercerita. Mungkin dengar agak pelik siket, tapi sejak rasa diri ni besar, antara benda yang paling aku suka ialah tengok muka budak kecik. Start daripada baby baru lahir sampai la budak2 5-6 tahun. X kira la budak tu laki atau pompuan, tapi lebih masyuk kalau budak2 nih 'sehat' dan ber'semangat'.

Aku ingat kalau kat umah dulu, suka sangat kalau ada budak2 kecik nih kat umah. Adek2 aku [skrg dah besar semua, bosan], sepupu sepapat, sape2 la yg kecik2 tuh, mesti aku akan layan diorang nih. Selagi mana diorang x kerek dengan aku, memang kitorang akan jadi kamcing pnye.



edim [skrg dah belagak, hish]















Antara sebab aku suka tengok diorang nih sbb diorang nih akan mengingatkan aku akan zaman kecik2 dulu. Zaman yang mana bangun tido je pikir nak main lumba lari, main polis2, main tu dan main nih. Main, main, dan terus bermain. Dah lapar g makan. Dah letih g tido balik. Selagi mana x buat masalah semua orang sayang. Xda nak pikir belajar [keh3], nak exam, nak pikir masalah yg bertimbun2, tu belum kira masalah jiwa lagi. keh3. Dengki2? Sorry!


zaman kegemilangan

















Sebab lain pulak, adalah kerana ke'suci'an mereka daripada segala dosa. Jadi kalau tengok muka diorang nih, lagi2 time diorang tengah tido, Subhanallah, sungguh suci, sungguh murni. Tambah pulak kalau yang pipi besar2. hehe. Maha suci Allah.

Mata diorang kalau tengok, mmg x nampak langsung kesan2 dosa. Jernih. Sungguh cantik dan sempurna ciptaanMu ya Allah.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Nabi Muhammad saw pernah bersabda,

'setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi..' [sahih AlBukhari]















Setiap kali aku melihat mereka, akan datang balik memori2 silam. Datang menjengah. Teringat aku di zaman kanak2 dulu.

Nak cerita siket macam mane fitrah x fitrahnya kejadian kita nih, aqal fikiran dan jiwa, zahir dan batin. Teringat aku masa kecik2 dulu, setiap kali aku dengar, atau aku melihat seseorang yg dah 'besar' berbuat dosa, aku akan terfikir 2 minit stgh..

diorang da baligh, da ada taklifan dosa pahala, tapi diorang buat dosa jgk.
diorang x solat, diorang x takut azab Allah ke?
diorang sengaja tinggal puasa, diorang x tau ke berdosa tinggal puasa?
diorang x takut buat dosa terang2, diorang tau x Allah x suka?
diorang tau x kalau banyak dosa, nanti Allah akan campak dalam neraka?

Banyak lagi la persoalan2 yang bermain di kepala time kecik2 dulu. Cantik dan sempurnanya asal fitrah kita. Allah dah defaultkan sebegitu.


innocent face












Tapi sedarkah kita, semakin dewasa kita juga menjadi seperti 'diorang' tadi?
semakin berani berbuat dosa..
semakin selesa dengan maksiat..
semakin jauh dariNya..
dalam keadaan kita yg tahu, yg sedar dan yg paham...

Ya Allah ampunkan aku, ampunkanlah kami semua
Ya Allah, yang Maha Pengampun.


Sampai sekarang aku sering perhatikan gelagat budak2 kecik nih. [kalau skrg nih budak2 arab la]. Aku suka tatap muka diorang. Tenang.

Banyak perasaan yg datang..
Rindu..nak kembali menjadi mereka,
Gembira..melihat mereka ketawa,
Sedih..mengenangkan dosa2 sdgkan kita juga pernah menjadi mereka,
bercampur baur perasaan x terucap dengan kata2

Aku akhiri dengan serangkap lagu dari Yassin, Salsabila

ibarat kain putih yang tiada noda
dilahirkan di dunia
agar menjadi manusia mulia...
ku damba
melihat kau bahagia
berperibadi sempurna

harungi dunia
yang gila




















Sekian.[moga beroleh manfaat]

Thursday 9 April 2009

kasih kekasih

Sabda nabi saw yg bermaksud,

'Tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia mengasihani saudaranya sepertimana dia mengasihani dirinya sendiri.' [hadith riwayat Al Bukhari]


Sudah pasti hadith ini sangat lazim pada semua. Kalau di sekolah dulu, asal bagi tazkirah pasal ukhuwwah sket pastinya hadith ini antara yang paling popular dituturin. Bergegar dewan time bersyarah.

Untuk exam subjek Hadith pulak, kalau keluar aje pasal hadith nih, hmm memang sedap la nak goreng, 2-3 helai konfem. Tapi klua aje result, seciput je. Awat la jadi lagu ni??

Kenapa? ha kemungkinan besar anda telah..
i- feeling lebih; cthnya soalan hanya menuntut anda bagi terjemahan hadith ini, yang anda bajet best pegi syarah 2-3 helai tu saper suruh?
ii- salah maksud; anda telah menggoreng sehingga hangus.[paham?]

Jadi berbalik kepada hadith tadi. Sesungguhnya banyak panduan yg telah baginda saw tinggalkan kepada kita melalui seerahnya. Sunnahnya. Kemudian terserah pada kita samada nak ikut ataupun tidak. Pham atau tidak.

Contoh mudah berkenaan hadith ini. Antara intipati yang penting ialah tentang kewajipan kita mengasihi saudara kita. Macamana tu?

Apa sahaja yang kita suka, kita nak saudara kita dapat merasainya juga. Kita nak kebaikan ke atasnya, kerana kita sudah beroleh kebaikan itu. [x makan sorang]

Kita mahu berjaya, kita nak dia berjaya bersama. Kita mahu kejayaan dunia dan lebih2 akhirat bersama2. Tu baru konsep berkasih yg sejati.

Dalam masa yg sama, apa yang kita benci menimpa kita, kita juga benci ia menimpa saudara kita. Konsep yg sama juga. Boleh fikir2kan sendiri.

Tapi ingat, paling penting ianya kerana IMAN, kerana ALLAH

Konsep ini tidaklah terjumud hanya pada perkara yang zahir sahaja malah terangkum dalam seluruh kehidupan kita. Apabila kita sudah memahami konsep ini, maka akan berlaku tolong-menolong, nasihat-menasihati, tegur-menegur, dan kasih-mengasih. Semuanya kerana iman.

Dari sekecil2 perkara, spt belanja member ice-cream sbb kita suka btol ice cream tuh. Sehinggalah kita mahu dan cita2kan syurga bersama dengan semua sahabat2 kita.

contoh sket, [hanya rekaan semata]

1- Syamsul nampak sahabatnya Majidi selalu lewat2kan solat fardhu. 2 minit stgh lagi nak asar baru nak solat zohor. 2 min nak maghrib baru nk solat asar. Jadi Syamsul pergi tegur Majidi, dengan penuh berhemah. Tegurnya bukan kerana bencikan Majidi, tapi sbb kasihkan dia. Syamsul mahukan yg terbaik untuk Majidi. Majidi pulak berterima kasih kepada Syamsul kerna menasihati dia. Tak abaikan dia. Kerana Allah.

Amacam?

Baginda saw sendiri dah mempelopori dan menjadi contoh terbaik dalam perkara ini. Kasih baginda pada ummahnya. Kita pula bagaimana?

Saturday 4 April 2009

KENYA - episode III

bismillah..[penambahan efek dan tokok tambah hrp dimaafin]

Ok malas nak cerita banyak, dah letih berehat, seperti yang dipersetujui dengan sheikh Abdullah,esoknya kami dibawa ke bandar utama Kenya, bandar Nairobi. Kenal2.

Secara umumnya, Nairobi nih agak maju la. Slow sket jer nak banding dengan KL. Orang berjuta. Jalan raya penuh dengan kereta, bas dan pengangkutan spesel kat sana, van Matatu. Bak kata org sana la, "matatu is matata! [matatu ni mmg masalah!]". hehe. Asal? Ikut suka tayar dia je nak g mana. Bangunan banyak. Tinggi ada, rendah pon ada. Hotel, office dengan premis kedai la kebanyakannya.

Hari tuh kami hanya sempat melawat Muzium Nairobi dan National Parknya.

1- Muzium Negara Nairobi

Dalam muzium ni macam biasa la, cerita pasal negara Kenya nih, warisan dan budaya, etnik, sejarah, binatang2, dan seni2 kat sini. Seperti muzium2 seantero dunia yang lain, ianya BOSAN. keh3. Dah la kena bayar KES800 sorang, tapi nasib baik ada sheikh. Dapat KES400 jew.[kabel2]


berlaku comel










barang2 puak2 kat sana.










kenangan sket ngan sheikh Abdullah









dah bosan kat sana kami terus ke destinasi ke 2. Jarak perjalanan dari muzium takde la jauh tapi disbbkan jam dan matatu, lama jugak la nak boleh sampai zoo nih. Sepanjang perjalanan, banyak la benda sheikh cerita kat kitorang pasal Nairobi nih. Yang paling best, pasal chokora. Tapi sdeh x amik gambar2 chokora nih. Dekat setengah jam, akhirnya sampai jugak.

2- Nairobi National Park

Kawasan dia agak besar jugak, cantik. Kena bayar KES900 kalau x silap. Kali nih sheikh xleh buat apa2.Takde kabel. hehe.

Dah namanya zoo, adalah binatang2 kat dalam tu. Comel2 dan sehat2 semuanya. Ada singa, zirafah, badak, buaya, kerbau, harimau bintang, cheetah, monyet, musang dan tak ketinggalan, khinz** hutan. Keh3. Identiti benua Afrika. Teringat la time kecik2 dulu. Fikir Afrika, nampak binatang.


posing baik










berlaku mesra










segak bergaya










kacak [yang ni yang paling special kat zoo nih, boleh tangkap gambar ngan cheetah. Tp kena ikut mood dia jgk la]










Lebih kurang 2 jam jugak la dok main snap2 gambar ngan binatang2 kat sini. Diorang memang bosan kene amik gambar nih. Buat gaya natural je. Pastu agak2 dah nak abis waktu asar kami pon pulang.

Malam macam biasa. Solat, makan, tengok tv dan tidur.


menu utama kami bertiga
















Ok sekian dulu.

spesel : mari belajar Swahili
saya letih = nimi choka
daging = yama
sedap = tamu