chokora

kenapa 'chokora'? swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah, tinggal kat tepi jalan, makan minum x tentu.(hanya di Kenya) jadi lebih kurang jadinya, kita nih hanyalah 'chokora' di dunia ini, mengharap belas kasih Ilahi. camtu la lebih kurang. moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita, ameen 'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'

Wednesday 26 August 2009

emanaldo atau ronaldo?



Bismillah..bola siket.

Satu benda yang aku agak bengang tiap2 kali aku tengok budak2 malaysia skrg nih main bola. X kisah la kat mana, kat KL pon gitu, kat KB pon lebih kurang je. Teluk Intan atau Sri Andalas? X berapa pasti. Tapi aku rasa sama je seluruh Malaysia nih.

Apa benda yang aku x puas hati sangat nih?

Nih nak khabaq mai..sakit mata aku tengok budak2 zaman skrg nih (konon2 aku dah tua la) time g main bola. Petang2 j pon. Tapi act macam nak g tournament peringkat kebangsaan.

Mana taknya, dari huujng rambut sampai ke hujung kaki, saling x tumpah macam beckham, x pon cristiano ronaldo. Siryes x pancing.

Rambut pacak ala ronaldo. Kalau hensem x pe.
Baju, seluar ngan kasut tak main x kronos2 ke, line 7 ke, paling kurang adidas ngan nike. Kalau pakai brand lain kasi kaki gatal2. Rash. Alergi. X kacip. Sakit jiwa aku.
Bola pon kene sama matching la.
Yang x leh tahan lagi, semua stok yg 'blink2' punya. Kira kalau lalu tepi padang kaler dia bagi silau punya. 2 km dah nampak. Kasut dah xde kaler hitam, sumer main yg biru bersinar, merah menyala, hijau metallic, oren berapi dan sewaktu dengannya.

X tau la, mgkn jugak diorang sumer orang2 berada. X kisah la, tapi kalau dah sampai ke dalam kampung hulu2 pon lebih kurang je, ini sudah melampau. Mgkn duit sekolah yg mak ayah bagi setiap hari gi sekolah dikumpulnya 2-3 bulan baru cukup nak angkat kasut nike ngan adidas tu. Dengan satu syarat la, puasa setiap hari. Yang nih bagus. Tapi kan lagi bagus guna duit2 tuh untuk benda yg lebih baik.

Yang lagi sakit hati, kalau kemajuan prestasi berkadaran terus dengan kemajuan 'teknologi' nih, aku setuju. Gelecek macam messi, sepak mcm ronaldo, skill ronaldinho, finishing ala2 nistelrooy, kontrol tengah gaya zidane, complete player macam ronaldo brazil xpe la. Tapi apa yg aku tengok, sepak bola sama gak, main bolot sorang2 gak, main berterabur gak, passing fail, gaduh2 x puas hati kalah ada lagi, sepak melalut x yah sebut la. X caya tanya shebby singh. X ubah time aku main dulu.

Yang bezanya, time aku dulu2 (xde la lama sangat), kasut getah beli kat kedai runcit jer, baju plak singlet/t-shirt yg paling buruk sebab nak kene baring2 atas lecak, bola pon kumpul2 duit nak beli. Yg tu pon dapat yg koman2 aja.

Kira kalau kitorang main berterabur dulu2 tu kira ada alasan la. Sampai aku ingat lagi kalau tengok bola dalam tv, tengok zidane control bola macam senang je, dalam hati akan kata,

'Ala boleh la. Kasut dia sedap, bola pon sedap, padang pulak rata je. Time sepak tersengeh je. Try ajak dia main kat sini, komfem sama jer.'

tapi papepon, nih adalah pendapat aku yg dikuasai sikit2 dengan rasa jeles. Mana x jeles, kecik2 tadika dah pakai barang2 branded. Aku dulu tingkatan berapa ntah baru boleh nak merasa. Yg tu pon brand murah2. Mgkn skrg masa dah berubah, ntah2 tauke kasut boot getah dah gulung tikar dah.

Tapi ni luahan hati peminat bola sepak. Nak jugak tengok team malaysia masuk world cup. Kalau sekarang harapan paling kuat time malaysia dpat jadi tuan rumah j la. Hehe. Komfem layak. Harap2 sempat la tengok satu hari nanti. Isk2. Sebab aku rasa masalah paling besar bola sepak kita adalah masalah mentaliti dan sikap yg xnak berubah. Sama je dari dulu sampai sekarang. Baru terer sket dah act lebih. Kalau x caya tanya la sapa2 yg pernah terserempak pemain bola sepak kebangsaan. Tak semua, tapi ramai la.

Sekian dulu melaporkan. Majulah sukan untuk negara.

Monday 24 August 2009

mulut masin

Bismillah...mula2, ramadhan kareem buat semua. nak bercerita lagi..


Pernah dengar beberapa pepatah atau 'kata2 org tua'?

Kalau mimpi gigi patah maknanya ada ahli keluarga yang akan meninggal..gigi atas keluarga ayah gigi bawah sebaliknya..

kalau pakai baju terbalik maknanya nak dapat duit..

kalau duduk atas bantal nanti akan naik bisul..

kalau makan tembikai sama madu buleh jadi mabuk..

dan banyak lagi kalau, dan kalau dan kalau.


Tapi sejauh mana kebenaran benda2 sebegini? Hehe..apa yang aku boleh simpulkan kebanyakan kata2 ini kebanyakan hanya untuk menasihati generasi2 muda la..walaupon x dinafikan ada la beberapa yang sudah terbukti kebenarannya. Jeng3


Tapi kali ni saja nak kongsi pengalaman beberapa hari lepas sampai KB aritu.

Alkisahnya pada satu hari, mak aku suruh pergi ambik adek aku dari sekolah kat Tanah Merah, 50 km dari KB. Dengan muka yang 'rajin', aku pon pergi la. Bawak keta pon syahdu2 je, kerana sbg anak soleh, terngiang2 pesan mak aku,


'Bawak keto molek2, x soh glenya la nak bawak laju2, mu nak keja gapo?'


Aku cuak gak ngan mak aku, takut masin lak mulut. Pendek cerita 2 jam lepas tu setel sumer. Baru 99 saat balik nak rilek2, mak aku sekali lagi mintak jadi driver dia. Nak g jumpa mak cik aku yg tggl kat KL, tiba2 muncul kat bumi KB ni. Adui!


Aku pon sepantas kilat menyambar baju t-shirt dalam bilik, terus masuk kereta. Terus ke tengah bandar. Jumpa la mak cik aku tu. Sembang2. Sengeh2. Pastu tunggu mak aku 'bermesyuarat' dgn mak cik aku. Layan j la.


Lebih kurang 30 min lpas tu, kitorg pon nak kene beredar. Mak cik aku kene sambung kursus dia.

Aku pon g la salam mak cik aku nak berpisah. Tiba2....


Keh3, terselit not RM*** bersama2 salam tersebut. Syukur alhamdulillah. Mgkn sebab ikhlas jadi driver kot.


Sesampai kat umah, aku pon g balik bilik nak tukar baju nipis sikit. Panas. Sekali...


Aku ternampak kat cermin. Baju yg aku pakai..TERBALIK!!!


Maka teringat lah aku dengan satu pepatah org2 tua,


'Kalau pakai baju terbalik maknanya nak dapat duit!!'


Jangan biarkan hidup anda diselubungi..MISTERI.


Sekian, wallahuaalam.