chokora

kenapa 'chokora'? swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah, tinggal kat tepi jalan, makan minum x tentu.(hanya di Kenya) jadi lebih kurang jadinya, kita nih hanyalah 'chokora' di dunia ini, mengharap belas kasih Ilahi. camtu la lebih kurang. moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita, ameen 'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'

Thursday 26 March 2009

krisis nilai

bismillah, dengan namaMu ya Allah aku mohon rahmat dan redha.

baiklah, baca ceritera ringkas ini.

Pada suatu hari, Ahmad on the way nak ke kelas tafaqquh feqah. Tiba2 terserempak dia dengan kawan baiknya, Yassin. Terdetik dalam hatinya untuk mengajak Yassin untuk turut bersama2 ke kelas tafaqquh.

A : Assalamualaikum Sin, wuih bukan main hepi nampak. Ade nape?
Y : Wsalam, cek2. Oh Amad. Biasa la hidup kena la selalu hepi. Mu nak gi mane nih? [padahal da nampak ada kitab feqah kat tgn Ahmad]
A : Aku..er..mu tu nak g mane? [teragak-agak]
Y : Bahse budok nih. Aku tanyer dulu aku kene jawab. Dakpe la, molek gok mu tanyer. Ni nak kabo ko mu nih. Mu ingat dok kat Salsabila? Budak puang hok aku citer sokmo ko mu tu? Alah hok paling cun seantero Irbid nih la. Tau dok?
A : Hok mane se nih? [wak lolok x tau]
Y : Bosang weyh kecek nge mu nih. 18 kali doh aku citer ko mu dok cekak nak pahang! Dakpe la, mudoh ke ceriter, aku nak gi date nge die la nih. Akhirnye bjaye gok aku tackle bersih si Salsabila tuh. hiq3. Nak joing skali dok? Muge die kater nak bawok saing die sorang lagi, Maisara, wak temang. Bukan mu ajin kater mu kenang ke budak tu ker? Kalu mu ikut sekali kire 2 pasang molek la, ke guane?
A : Er..[telan air liur]. Mu jangan buat main, Sin. Babaya ke nih? Ke mu sajer nok kenne kat aku?
Y : Mu jangan nak buang mase aku la. Kalu x sey gi dakpe. Aku lambat doh ni. Molek la, mu nak ikut x sey? Aku gi dulu la. Yalla bai.
A : Ok2. [tergesa2 melangkah mengekori Yassin, sambil kohor2 simpan kitab feqahnya dalam beg]

Tammat.

Mungkin agak bosan cerita nih. Tapi apa yang sebenarnya saya nak sampaikan? Adakah nak gambarkan realiti kehidupan 'budak terengganu'? Tentu sekali tidak.

Mudah sahaja. Situasi sebegini memang sentiasa berlaku. Saya tahu. Anda juga tahu. Tapi, terjadi pada saya, dan juga pada anda. KRISIS NILAI.

x tau nak menilai, yang mana satu baik, dan mana satu buruk. Malu nak ajak maaruf, x malu nak ajak mungkar. Bila bertembung perintah dan larangan Allah, selalu sahaja kita tertewas. Iman vs Nafsu.

Seluruh hidup kita ni akan sentiasa berdepan dengan situasi yang menuntut kita untuk membuat penilaian. Jadi bagaimana penilaian anda?

Mencari redha Allah atau mendapat kepuasan hawa nafsu?

Tepuk dada tanya Iman. Ke guane?

Maksud sebuah hadis Nabi saw,

'Tidak beriman seseorang itu sehingga hawanya (kemahuan atau kecenderungannya) mengikut apa yang aku bawa.' [hadis hasan lagi sahih]

wallahuaalam.

Wednesday 11 March 2009

tok ayoh


aku, che dan tok ayoh lepas balik dari pasar.












'Emang, gi tulong basuh keto nuh! Napok cemar doh tuh.'
'Emang ado ghok tinggi tepi tembok, gi la tebah2 sikik nuh..'
'mari kito g pasar, g cari durian..'
'tok panda lasong nih, oghe dok buat gtu, meh sini nak tunjuk..'
'sapo meney bola marin?'
'kalu panda sangat gak, g la main nuh! '
'oghe panggil badi doh tuh, x soh kelih la, padey doh tuh!'
'beley2 tubek nati tulong beli harokah deh..'
'bahso budok kecik nih aku gocoh muko key!'
'Emang, mari sini smeta. Guano nak keno baco kalu ado bareh gini?'
'Oghe lagu nih, ikat dio, letok daley guni pah g tehok tengah sunga..'

Aduh sedeh maut la kalau teringat semua nih. Dari tahun 2002 lepas abah meninggal aku duduk dengan tok ayoh, panggilan untuk atok aku. Kat umah dia. Kalau dulu setahun 2-3 kali je boleh jumpa, tapi skrg tiap2 hari duduk tatap muka dia. Gembira.

Tanggal 4 Mac 09 lepas. Hari tu hari Rabu. Time tu aku baru habis round kat hospital. Exam seminggu lagi. Minggu terakhir nih biasa aku lepas abis round dengan doktor, lepas solat zohor aku g library jap. Baca la apa yang patut. Tapi hari tu aku rasa pelik sket. X tau kenapa. Baru je nak start study, dapat mesej dari Kam, abang aku. 'Pakat baco Yasin blako, tok ayoh dah tenat lonih.' Ya Allah, terkejut. Sedeh maut dah time tu. Aku terus baca Yasin. Pastu just 5 min lepas tu, dapat mesej lagi. Ina. 'Emang, khabar hazin. Tok ayoh dah xdo doh.' Tok ayah dah kembali ke rahmatullah.

Ya Allah masa tu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku. Last time rasa camni masa abah meninggal dulu. Terus lembik rasa satu badan. Air mata mengalir dah x tertahan. Kepala berdenyut2. Aku terus keluar library call Kam. Aku cakap dengan Kam. Aku cakap dengan umi. Umi control2 suara.

Last time aku sembang dengan tok ayoh lebih kurang 2 minggu sebelum tuh. Setiap 2 minggu mesti aku call Malaysia. Nak cakap sembang2 dengan tok ayoh. Masa tu dia kat hospital. Suara dia tenang2 je. Lepas2 tu 2-3 kali aku call mesti x dpt cakap ngan dia. Tido. Letih.

2 hari aku macam xda semangat langsung. Sehari sebelum tu pak cik aku meninggal. Mintak betol2 Allah kuatkan semangat. Dah la nak exam. Memang xda power langsung.

Banyak sangat kenangan hidup aku ngan tok ayoh. Aku rasa rapat sangat dengan dia. Mgkn sbb aku paling tua yang tinggal dengan dia. Kamcing sangat.

Kalau time makan, biasa kat meja makan ada 2 kerusi 'grand stand', ada kusyen. Yang lain plastik je. Position dia mmg paling best la, sedap2 jer angin masok dari tingkap. Kalau kat grand stand nih lauk sejuk2 pon jadi sedap, lagi2 la kalau time ikan selar goreng cicah budu tempoyak tengah panas2 berasap tuh, xsah cite la..huhh. Biasa satu kerusi untuk tok ayoh, satu lag untuk aku. 'Emang mari dok sini!' Selalu dapat grand stand. Che'[nenek] dengan umi pon duduk kerusi plastik je.

Petang tiap2 hari mesti tok ayoh lepak2 kat beranda sambil baca paper. Selalu join sembang2 ngan dia sampai maghrib. Suka sembang dengan tok ayah. Banyak pengalaman dapat. Kadang2 dia suruh beli goreng pisang, keropok lekor, cucur udang dan pulut bakar. Konon2 nak makan la, sebenarnya nak bagi kitorang cucu2 dia makan. Dia biasa makan sesuap dua je. Aku habiskan.

Time lepas SPM dulu, aku x keje. Umi x bagi. Katanya buat animal apa kalau kerja setengah hari dapat seciput je. Baik dok rumah tolong2. Setiap pagi gi hantar adik2 g sekolah ngan tadika. Pastu jadi driver tok ayoh. Gi kedai. Gi pasar. Gi umah kawan dia. Gi je la mana2 yang dia nak pegi. Tapi ada satu tempat je aku x suka ikut, gi servis kereta. Dah kalau dia jumpa member2 old school dia, siap la, mati lapar la dok menunggu. Satu lagi tiap2 pagi sebelum aku keluar hantar adik aku ke sekolah, mesti masok bilik dia dulu. 'Tok ayoh nak makey gappo ari nih?' Then baru gerak.

Satu benda yang menarik pasal tok ayoh ialah kefemesan dia kat kawasan KB tuh. Tu yang best kalau gi pasar ke, hospital ke, mana2 ngan dia. 'Haji Noor sehat ko?' Ada je yang tegor. Mgkn sebab orang lama. KB pon besar mana je kan. Kalau gi membeli belah konfem dapat murah.

Banyak sangat benda yang aku belajar dari dia. Psal kehidupan. Dia selalu ajar jadi org baik. Jaga agama. Jangan tinggal solat. Suruh banyak bersabar. Hormat orang. Tepati masa. Tepati janji. Jangan suka dengki dengan orang. Biar selalu tolong orang. Jangan suka mengata orang. X penah dengar dia mengata orang. Dia jugak ajar skill camna nak tebang pokok. Nak tebas semak samun. Nak tanam pokok. Depan umah ada pokok pisang, rambutan, betik, nangka, ciku. Pernah sekali ada orang dengki dengan dia simbah asid kat kereta baru dia. Dia buat relax je. Semua yang dia ajar dia tunjukkan dulu.

Tiap2 tahun sepanjang belajar kat Jordan nih, aku akan balik Malaysia. Orang kata manja. Ngada2. Aku peduli apa. Antara sebab paling utama aku nak jumpa tok ayoh. Umi pon selalu x bagi aku balik. Dia kata baik la gi jalan2 sepanjang 6 tahun nih. X payah la nak balik tiap tahun. tapi aku balik jugak. Tapi umi kata tok ayoh biasanya paling sihat time ada cucu2 dia yg balik kampung. Gi cari durian. Gi cari udang. Gi cari benda best2 untuk kami. Last time sblm berangkat balik Jordan, first time aku sedar tok ayah menangis lepas aku peluk dia. Aku pon nak nangis jgk time tu, tapi cover macho.Tak sangka yang tu kali terakhir aku tengok tok ayoh..

Umi kata tok ayoh garang dulu. x dapat bayangkan la macam mana.Sebab yang aku kenal, tok ayoh yang sangat baik hati. Sangat sayang anak2 dan cucu2 dia. X penah marah2.


Tok ayoh dengan cucu2nya












Allah lebih sayang tok ayoh. Aku redha. Aku gembira bila dengar jenazah tok ayoh tersenyum. Tok ayoh selamat dikebumikan di tanah perkuburan kat Tumpat. Dekat dengan kubur ibu dia. Dulu dia selalu bawa aku ke sini. Dia kata kalau dia mati simpan la dia kat situ. Sedeh sangat x dapat tengok dia buat kali terakhir.

Semoga Allah merahmati tok ayoh. Semoga Allah pertemukan kembali kami semua di dalam SyurgaNya nanti insyallah. Al Fatihah..

Tuesday 10 March 2009

KENYA - episode II

bismillah..[penambahan efek dan tokok tambah hrp dimaafin]

Alhamdulillah tiada sebarang masalah sepanjang perjalanan ke Kenya. Perjalanan mengambil masa kira2 8-9 jam jugak la, lebih kurang nak ke Malaysia. Ada transit kat Kaherah. Lebih kurang waktu subuh hari Selasa 19hb Ogos 08, kami tiba di Nairobi Airport, Kenya. Bumi Afrika. Alhamdulillah alassalamah. Ok2 je airport dia, lebih kurang airport Subang kot.

Gersang dan kontang, padang pasir, panas terik mentari mencurah keringat. Itu description bagi keadaan di Jordan sebenarnya [time tu summer]. Nairobi adalah sebaliknya. Sejuk, mendung dan lembap. Hah agak terkedu jugak la kami selama beberapa minit, kerna sangkaan awal kami yang ternyata meleset [salah siapa la yg bg maklumat x tepat..]. Time tu la terkapai2 mencari sweater dek cuaca yang x terkalahkan itu.

'Can i help you my brother? ' tak semena2 seorang brader menyapa.
'Owh never mind. We're waiting for our friend. Thanks anyway.' balas Hadiid dengan dialek NZnya, ringkas beserta senyuman yg dibuat2. Bukan apa, malas nak layan. Biasa orang2 kat airport nih bukan boleh percaya sangat. Mulut manis. Tahu kitorang baru sampai, muka cam budak2, misai janggut x lebat kira senang2 nak sebat. Nak ketok la tu. Ingat org x tau. Banyak cantek kamu.

'Hakuna matata! really my friends. If you need any help i would be very happy. Just ask me. I'm David. I'm your brother. Hakuna matata!' reply brader tadi sambil menghulurkan tangan. Seolah2 tahu monolog dalaman kami.
'Betol x pancing kitorang mmg tgh tunggu member nih bang, no hal la semua setel da..[speaking la]' ces ingat kami mudah tertipu ke? Puas.

Alkisahnya memang kami dah arrange dengan Rahman. Dia ada bgtau nanti ada family dia yang akan jemput kitorang kat airpot nanti.

Tunggu punya tunggu hampir setengah jam jugak la xda sebarang khabar berita. Sejuk xyah cerita la kan. Handphone Hadiid pon x bunyi2. Kata canggih sangat. Masing2 mula cuak dah sket2. Brader David tuh tekun ngintai dari jauh. Pastu kitorang pon amik keputusan cuba call nombor yang Rahman bagi. Adik dia, Abdul Latif. Tuut..tuut. Allhamdulillah dapat. Canggih la pulak hp Hadiid.

[semua perbualan adalah dalam bahasa Inggeris]
'Bla..bla bla....apa? korang kat airport skrg? aku x tau pon korang akan sampai pagi nih. Aritu Rahman ada email kata ada member2 dia nak datang, tapi x tau plak detail dia camna...' suara ngantuk.

'biar betik bro. Jangan la nak buat lawak subuh2 nih. ok la kira lawak la. no hal la bro.'

'bila masa plak aku buat lawak. Siryes nih, ada ko dengar aku gelak? ada? buat kerek lak ngan aku..aku letak talipon nih kang baru tahu..' Mendengus.

Konflik ni x berlaku pon sebenarnya. Xkan la. Saja nak bagi best. Tapi mmg ada salah faham sket la. Family dia x dapat maklumat jelas. Memang nak kena budak Rahman sorang nih. Hem3. Pastu kitorang pon terus sms Rahman. Mesej punya mesej, akhirnya dia pon bgtau katanya ada sorang pak cik akan jemput kitorg kat sana nanti. Mgkn bbrp jam lagi....tunggu je la, jenguh la nak menjawab dengan brader David yang x putus asa nak tolong kitorang, siap rekomenkan hotel2 lagi. Hmm dah la tengah letih, layan je la. Benarlah maksud sebuah hadis nabi saw,

'assafar juz2un minannaar'

Lebih kurang pukul 8 pagi, akhirnya sampai la pak cik nih. Lega. Nama dia Abdullah. Kitorang panggil dia Sheikh Abdullah sbb..dalam kereta dia ramah bersembang pasal Kenya, keadaan Islam kat sini dsg. Alim. Katanya orang Islam minoriti kat sini. x sampai 10 peratus, kebanyakan migrasi dari Somalia. Dengan senyuman yang berterusan dia pon bawa la kami ke sebuah hotel kat pinggir Nairobi. Katanya hotel2 kat Nairobi mahal2, xleh percaya dan milik orang2 Kristian. Sheikh nih dia macam x berapa suka org Kristian kat sini. Jadi dia bawa kitorang ke hotel kawasan Muslim, 5 km di pinggiran Nairobi. Nama tempat tu..Eastleigh.[sebut elok2 ye Hadiid]. Paling penting murah dan dipercayai. Kitorang orrait je.

Pergh x ingat punya cuak bila da sampai kat kawasan Eastleigh nih. Ramai punya orang sesak2, dengan kereta, bas lagi, berhabuk, bising, kotor pulak tuh, kira scene macam dalam movie kat kawasan2 baru abis perang. Teringat la time tu dengan vaccine kejadah semua x sempat nak amik..adus, nak bgtau sheikh x sampai hati plak. Tawakkal.


Tetiba di balik kecelaruan dan keserabutan alam itu, kami pon sampai di lorong hotel yang dimaksudkan. Aik, tiba2 ada pulak sebuah bangunan yg besar dan baru, bersih dan boleh diterima akal kat hujung lorong tuh. Setentangnya ada masjid. Kami terkedu 2 minit. Syukur.


pemandangan Eastleigh dari beranda hotel
















'Hiddig Hotel'- sedap sungguh nama hotel ini. Selepas setelkan bilik untuk kami, Sheikh Abdullah pn minta izin nak selsaikan kerja dia pulak. Sebelum beredar, dia bagi kitorang sim kad, tukarkan duit dolar kami ke KS [Kenyan Syiling] dan setelkan sarapan pertama kami. Isk2 terharu betol dengan kebaikan hati sheikh. Pastu dia suruh rehat2 dulu, dan kata dia akan datang balik petang2 sket nak bawak kitorang jalan2 Nairobi. Menangis lagi.


Mad dan chai spesel kat sini. Sewa bilik lebih kurang KS2000.

KS1000 = JOD10 = RM50














Seberedarnya sheikh, kami pon makan sarapan. Hari tuh sarapan chapati dan daging rebus beserta chai, mmg sedap. Selesai sarapan, kami terus pulang ke bilik. Uish, bilik memang puas hati. Besar, bersih dan segak. Berbaloi. Hadiid yg sedari atas flight pening kepala terus menuju ke katil tanpa bual bicara. Mad pulak macam biasa, mengemaskan diri dan barang2. Aku pulak..bosan2 layan tv sblm join Hadiid beghetoh.

Hmm camtu la lebih kurang keadaan time sampai2 dulu. Teringat pulak kat sheikh Abdullah masa dia kata nak bawak jalan2, kitorang kata takut menyusahkan dia je. Dia balas balik, 'Eh mana boleh! Korang ada hak ke atas aku selama korang duduk kat sini! [kami terus menangis]

maksud sabda nabi saw,

' ..barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memulikan tetamunya. ' [hadith riwayat Bukhari dan Muslim]


spesel : mari belajar swahili

Hello = Jambo
selamat pagi = habari asubuhi
saya mahu = mimi nataka
no problem = hakuna matata