chokora

kenapa 'chokora'? swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah, tinggal kat tepi jalan, makan minum x tentu.(hanya di Kenya) jadi lebih kurang jadinya, kita nih hanyalah 'chokora' di dunia ini, mengharap belas kasih Ilahi. camtu la lebih kurang. moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita, ameen 'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'

Tuesday 2 November 2010

di mana nilai kita di sisi Allah?

bismillah

dalam 2 ari nih aku melalui 2 peristiwa yg berbeza tapi saling berkaitan. kedua2 benda nih buat aku terfikir 2 saat.

kisah 1
aku g subermarket ***** semalam. saje g cari brg2 yg mgkn akan dibeli, yakni xde perancangan. berteman member berbual aimey jo.

salah satu brg yg aku beli ialah sekotak nescafe 3 in 1 dgn tawaran khas dapat free 4 sachet lebih. bagus untuk segarkan diri sebelum pegi dawam. aimey pon join beli sama sekotak.

time bayar sekali dia x bagi pon yg tang percuma tuh.

[bhs slps translate jadi agak bombastik, hrp maklum]

aku : oit bru, jgn buat lawak la. kate ada percuma 4 lebih? ni pecer?
brader suber : ilek la. tu syarikat nescafe punya tawaran, bukan ktrg. mane ade. xde2.
aku : jumjumah kamu. ko ingat aku budak tadika nak tipu2? x kira nak jgk.
brader suber : oo silap2, tu tawaran lama tapi dah tamat tempoh.[sambil sengeh2 sinis]
aku : dah tau dah tamat tempoh pahal ko x cabut jer iklan tuh? nih kira tipu la, mana boleh. haram ko tau?
brader suber : ek eleh, bende simpel je nih. awat emos nih?
aku : aah, x kesah la. simpel kat ko, aku rasa x. ko patut cabut iklan tu.

brader suber sambung sengeh sinis. sakit hati aku. naseb baik ade org lain nak bayar. aku pon terus beredar sambil tenung2 nak bagi dia insaf. tapi nampak x berkesan.

aku bukan ape, cuma sakit hati sangat dengan perangai org yg salah tapi xnak ngaku, pastu pusing2 pastu bangga dengan perbuatan dia tu.

kisah 2
abis solat aku singgah subermarket paradise. pendek cite aku pon beli satu biskot kegemaran. biasa JOD 1.150, tp arini tibe2 jadi JOD 1. teragak2 aku pon cek la tarikh luput sama tag harga biskot jenis sama yg lain. hmm mmg betol. aku pon ambik la dgn hati yg girang.

time bayar, aku berlagak rilek la bayar JOD 1 pastu terus beredar.

brader kaunter : bru, salah bayar nih. harga JOD 1.10 nih, ko bayar x cukup.[sambil tunjuk kat skrin]
aku : aik, bukan JOD 1 ke? jgn buat lawak. tengok nih.[sambil tunjuk tnda harga kat dia]
brader kaunter : oo, maknanya bbudak penampal harga punya keje la nih. selalu salah. aiy, nak kene nyepp diorang nih.
aku : aiyooo. no hal la, sbb biskot nih sedap pastu tambah ko plak hensem dan beradab aku tambah duit nih...[cari2 dalam wallet duit]
brader kaunter : segan la saya camnih bru. hehe. camni la, kalau ko xder duit kira no hal la. salah kitorang gak nih.
aku : ade2, amek nih. pastu jgn lupa betolkan balik tanda harga tuh. ok chao.

sejuk rasa hati aku ada org camnih. berbeza terus dari yg atas tadi.

jadi, ape persamaan dan perbezaan diorang berdua nih? kedua2 pekerja subermarket.
tapi perbezaannya? pikir2 la sendiri.

begitu la jugak dgn diri kita. x kira la siapa diri kaita. jgn rasa hina kalau kita x ada apa yg org ada. sama la, jgn menghina org kalau dia x ada apa yg kita ada.

sebab, akhirnya kita sbnrnya sama di sisi DIA, tuhan yg Maha Esa. selebihnya terserah kepada kita pilih nak jadi macam mana.

"bukan semua orang boleh jadi cantik pada pandangan manusia, tapi semua orang boleh jadi cantik pada pandangan Allah."

sekian. bai bai