chokora

kenapa 'chokora'? swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah, tinggal kat tepi jalan, makan minum x tentu.(hanya di Kenya) jadi lebih kurang jadinya, kita nih hanyalah 'chokora' di dunia ini, mengharap belas kasih Ilahi. camtu la lebih kurang. moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita, ameen 'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'

Tuesday 27 October 2009

barley fc (not official) masih mencari pemain

manager-player barley fc, archap wenger kelihatan sedang berbincang sesuatu dengan co-manager, luiz jose jedinho menjelang sepak mula permai super league 2009/10 (psl 09/10) - bernama


27 oct 2009, irbid - pasukan bukan pilihan, barley fc masih lagi kekurangan pemain untuk mewakili mereka dalam psl 2009/10. justeru, pengurus mereka, luiz jose jedinho dan archap wenger kian giat mencari pemain2 yg berhajat untuk bermain untuk pasukan mereka.

"sape2 j la yg belom ada team lagi, tapi terasa nak main bola untuk liga kita kali ni, kami amat alu2kan. mereka boleh la hubungi saya atau archap yer. x kesah penah main ke tidak bola sepak sebelum nih. saya x kesah, yg penting ade semangat dan disiplin yg tinggi. tu jer requirement yg kami letak. mudah. eh, satu lg mesti ahli permai la." ulas luiz jose jedinho.

berkenaan desas desus mengatakan bakat bukan kriteria utama pemilihan, ini jawapan archap wenger.

"kami yakin kami ada formula rahsia bagi meningkatkan prestasi pemain kami. x caya mai la join kami. bakat tu boleh diasah. no problem. jgn segan2. peluang terbuka luas untuk semua. kita sama2 buktikan. ditambah dengan pengalaman luas saya dan jedinho dalam arena ini, dan beberapa pemain berpangalaman yg kami dah recruit, kami optimis dengan peluang kami." ujar archap dengan penuh yakin.

namun, sejauh mana keyakinan mereka ini akan menjadi kenyataan, hanya dapat ditentukan selepas sepak mula psl sesi kali ini. sama2 kita nantikan!

Thursday 22 October 2009

hari yg indah

bismillah..

semalam hari yg agak berwarna warni, walaupon xde pelangi.

bermula dengan dawam yg premature tamatnya, hinggalah kekalahan real madrid yg menutup hari yg indah.

pagi2 aku pegi la dawam kat hospital badee3ah buat kali pertama mggu nih slps cuti sakit. ingatkan hujan sepanjang hari, panas pulak yg ambik alih. kami diberitahu supaya pulang ke rumah dan sambung cuti kami. hehehe.

balik umah xde pape sangat nak buat sampai la waktu ptg. dah bosan sangat, abis jer solat asar terus bergerak ke padang. xleh main bola, jogging pon kire ok.

cuaca x ingat punya cun. subhanallah. cuma sdeh xder member j. sibuk atau sakit. presiden kelab, en hilfi pon sama injured. jogging punya jogging memang terasa bahangnya da lama x hidup secara sihat nih. kalau dulu boleh lari 8 pusingan non-stop, skrg 3 psgn pon dah nak tertanggal organ2 dalaman. maka pusingan2 berikutnya hanya lah berjalan, melihat dan mentafsir. keh3.

selesai 8 psgn padang, ingat nak beransur pulang, tiba2 mando join sekali. layan jogging lagi sikit.

terpikir. itulah lumrah kehidupan. kalau xde iltizam dlm sesuatu perkara, senang j ia pergi. Allah tarik sebenarnya. badan yg sihat pon kalau x jaga, ia boleh merosot sakit. otak yg cerdas boleh jadi lembab. paling penting, iman yg x dijaga pon boleh terhakis sedikit demi sedikit. ia x? kita sendiri boleh rasa.


selesai berjogging, balik umah dan bersiap tggu mgrb. selesai mgrb, baru sedar ari rabu. ada kelas hadis dr dr. yg sanagt dihormati. alang2 leteh2 lagi, stay j la sampai isya. Alhamdulillah Allah susun dapat dengar dr. tu mengajar. banyak faedah dapat.

malam tu plak ada match cl yg best. madrid lwn milan. koonfem madrid ayam milan kali nih. monolog dalaman dgn diulit senyuman.

tp mmg diakui sejak2 luis ronaldo ngan zidane x main kat yurop nih, umph tengok bola da x macam dulu. xde thrill.



aku suka tengok match bola yg menarik. ada skill individu yg mengujakan. control bola dgn penuh seni. pendek kata puas hati la. tp pd pengamatan aku yg x seberapa nih, payah dah nak tgk match dgn kualiti2 camtu. putuh angin.

ronaldinho dah x fit sangat. kaka pon x jumpe2 lagi skill lama dia. star2 lama dah x berapa menyengat. star2 baru plak..feeling lebih. hehe

keputusan malam tu, real madrid kalah plak. nak bengang pon xder guna. dah mmg main x best malam tu. terfikir plak nak tukar team. nak try sokong rubin kazan, sbb coach dia alim bawak tasbih time kalahkan barca. hehe.

sakit pinggang betol. pastu pegi makan lewat malam ngan djimon kat burger king sambil2 bincang masalah ummat. keh3

kenyang dan balik tido. selesai satu hari. semoga ada ganjaran di sisiNya. ameen

Tuesday 20 October 2009

alhamdulillah, alsyukru lillah

yeay..arini ari selasa. ari last xleh klua umah.

khamis, jumaat, sabtu, ahad, isnin ngan selasa. obat tamiflu pon da habis aku telan semuanya. sekolah pon dah tinggal 3 hari. naseb baek ade mc. keh3

harap2 ok la lepas nih. dah xder pening2, dah xde sakit2 badan. dah x batok ngan dah x demam. ameen.

tapi, sakit nih kadang2 bagus untuk kesihatan rohani kita. btol x? time sakit nih la scr semulajadi kita mengharapkan bantuan Allah. x kira la se'tough' mana badan kita.

'ya Allah, sakitnya kepala aku'
'ya rabbi, awat yg panas nak meletop badan aku nih?'

ada dalam seerah nabi saw, kalau x silap baginda pernah bersabda, yg bermaksud

"Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi".
(Hadith Riwayat Muslim)


cume nak story sket kelainan demam kali nih. demam kali nih die famous la sket dari demam2 bisa. so dipendekkkan cerita, kami yg terjangkit nih x boleh klua rumah selagi tempoh ubat kami belum habis. ade 10 biji kene makan 2 biji sehari.

jadi selepas buat kire2, maka kami perlu duduk kat umah 5 hari. bukan x leh klua langsung, tp bersyarat.
1- kene pakai topeng muka
2- elakkan contact ngan makhluk lain

syarat dia agak keji semenanyer. baik kater jgn klua terus. xde pekerjaan nak keluar rumah pakai topeng muka. kalau pakai kopiah ke, topi ke ade la logik jgk. isk3. dah la x stylo lgsg, kan menimbulkan fitnah masyarakat stmpt. yg tu lg susah. hehe

xde la, semua syarat nih nak jg maslahat umum la. takut berjangkit ngan org lain. jadi kami akur la. duduk la umah nih sehari suntuk.

da duduk umah, ape sangat yg boleh buat. naseb internet agak laju kecuali arini. boleh la jgk tgk bola hujung minggu aritu. selain internet, makan. pastu tido. bangun2 main tenet balik. tbe2 lapar, cari indo mee. pastu kenyang tido balik.

sampai la skrg. tu j la rutin harian. cahaya matahari pon sipi2 jer dapat. kulit yg hitam nih pon dah jadi puteh melepak. macam snow white. isk3. mesti korang x percaya.

hehe. jadi alhamdulillah, sepanjang tempoh nih keadaan dah bertambah baik. dan inshallah akan terus improve. cume pening kepala nih xmau pergi lagi. ok la boleh tahan la sket2.

maka secara rasmi esok dah boleh pergi berderat balik. tapi kene g sekolah la balik. keh3. kesian kat djimonn jadi melayu terakhir dalam group kat hospital. no hal bro, im coming!! inshallah

ok bye

Monday 19 October 2009

mati lagi

bismillah..

tadi main2 internet, tbaca satu berita yg menyedihkan. walaupon banyak j berita yg sdeh2. tp yg ni lain sket. 3 sekawan rentung dalam kemalangan. yg buat aku lebih terasa, sbb kejadian tuh berlaku dekat dengan umah aku kat kb. dalam 5 min naik keta.

jalan tu mmg jalan utama la nak ke bandar kb nih. jadi kire time aku balik malaysia ari tuh berjuta kali la aku lalu jalan tuh.

yg lagi sdeh, punca kmlgn adalah kerana nak elak kucing yg melintas jalan (menurut driver yg terselamat). tp bukan slh kucing tuh. Allah da susun macam tu.

jadi aku terfikir 2 perkara.

1- bahawa ajal maut x kenal masa.

2- ajal boleh datang dalam banyak bentuk. boleh jadi kemalangan jln raya, boleh jadi time mandi sungai pastu lemas, boleh jadi time makan sambil gelak2 tang2 tercekik habis biru muka. boleh jadi time x buat apa2. boleh jadi dan boleh jadi...

tu la dalam islam, nabi saw ajarkan kita spy sentiasa berdoa. salah satu doa yg dituntut ialah doa agar diambil nyawa dalam keadaan yg terbaik skali.

'allahummakhtim lana bihusnil khaatimah'

boleh tengok dlam internet, banyak video2 pasal mati nih.

pernah sekali tuh, aku tengok satu video sorang sheikh nih yang Allah ambil nyawa dia dalam keadaan dia tengah duduk mengajar anak2 murid dia. nampak mudah dan tenang jer. subhanallah.

ada jgak tengok yg ajalnya sampai time dia tengah but benda2 yg lagho.

jadi sebenarnya mati ini adalah satu peringatan kepada kita semua. org muslim mukmin.

supaya sentiasa persiapkan diri dengan bekalan untuk akhirat.
supaya time Allah nak ambik nyawa kita nanti kita sudah bersedia.

tadi ada tengok video pasal org2 kat palestin. diorang nih bila2 masa Allah boleh panggil mereka. jadi mereka macam dah sentiasa bersedia untuk mati. subhanallah. tu kat tempat yg bergolak.

tapi kalau kita yg dok kat tempat aman damai nih. macamana yer?

'org yg paling bijak ialah yg sentiasa mengingati mati.'