chokora

kenapa 'chokora'? swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah, tinggal kat tepi jalan, makan minum x tentu.(hanya di Kenya) jadi lebih kurang jadinya, kita nih hanyalah 'chokora' di dunia ini, mengharap belas kasih Ilahi. camtu la lebih kurang. moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita, ameen 'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'

Wednesday 21 April 2010

hikmah

bismillah.

arini terasa nak kongsi satu benda yg sangat berguna kepada diri kita semua. sebagai manusia. muslim. hamba Allah, tuhan yg memiliki segala2nya.

sekarang nih berada di penghujung rotation forensics. walaupon tempoh yg sangat singkat (2 minggu termasuk cuti seminggu), aku yakin dan sangat berharap yg ia akan bagi kesan positif, akademik dan paling penting rohani sekali, inshallah.

ye la, dalam masa rotation nih, aku berpeluang tengok 2 autopsy. first time tengok autopsy. seriau, takut, cuak, semua ada. tapi aku rasa yg paling berharga Allah ilhamkan rasa INSAF dalam diri, bahawa kita xkan boleh lari dari realiti yg dahsyat ini, kita akan MATI akhirnya (walaupun kita tahu, tapi seringkali kita lupa).

kedua2 case yg aku tengok semua mati yg tidak ber'sebab'. menambahkan insaf. mati boleh jadi datang tiba2. tanpa sebarang sapa.

balik2 dari bilik autopsy tuh, saja2 pegi tengok papan iklan tepi kelas. nampak benda nih.

jadi aku nak kongsikan ia. moga semua beroleh manafaat.



ya, takut kepada Allah. Tuhan yg memiliki HIDUP dan MATI kita.

'ya Allah, kurniakan kami takut kepadaMu, ameen'