chokora

kenapa 'chokora'? swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah, tinggal kat tepi jalan, makan minum x tentu.(hanya di Kenya) jadi lebih kurang jadinya, kita nih hanyalah 'chokora' di dunia ini, mengharap belas kasih Ilahi. camtu la lebih kurang. moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita, ameen 'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'

Wednesday 17 March 2010

syukur

bismillah.

arini hari rabu, 17hb mac 2010.
sebelum pukul 7:10 pm, aktiviti seharian macam biasa2.

7:11 pm : aku siap2 nak g solat isyak. sejuk sket arini, aku pakai baju sejuk nike aku kaler merah. aku pon terus keluar tanpa segan silu.

7:14 pm : rasa dah terlewat sket nih. dah iqamat ke blom yer? aku pon percepatkan langkah. ikut jalan biasa ke masjid. lalu depan umah marwan, pasti kona ke kiri terus ke bgnn tal. aku belok kanan. terus naik bukit sket sampai la nampak syari' jamiah.

7:__ pm : kelibat member aku naseem nampak sama nak ke masjid. seberang jalan sana, aku nampak abg ay, abg dauh ngan mk jep. pastu aku kira nak lintas jgk. tengok jalan. nampak keta banyak. x boleh. jadi aku jalan la tepi2 jalan besar tuh.

7:__ pm : 'bedebukk!!'. aku rasa ada benda langgar aku. tangan ngan kaki kanan. sedar2 aku dah terduduk atas jalan. aku nampak kereta honda accord kaler putih. x berhenti. 2-3 kereta lain g kejar.

7:__ pm : x rasa apa2. 2 saat aku kaku. aku tengok kaki ngan tangan. ada kesan kotor2. aku gerak2kan. alhamdulillah, xda apa2. cuma sengal2 kat jari kaki dgn bhagian siku. lega. aku paling takut ada apa2 ngan kaki kanan aku yg dah sedia x elok. org mula kerumun aku. aku bangun. sekali ada pakcik tanya. 'ko ok x? duduk2. ada org dah keja kereta tuh.' sambil pening2 ayam, aku duduk balik. 'ok jer pakcik, alhamdulillah.' naseem pun ada.

lpas2 tuh keadaan jadi kelam kabut. driver honda tuh datang. muka budak lagi. org saudi. terus ajak aku ke hospital. pak cik tadi terus marah driver tu. 'asal ko x berenti? bagi sini lesen,'. pastu gaduh lagi. ntah saper2 plak datang gaduh ngan pak cik tuh. aku kalau boleh nak setel jer. sbb xde cedera. org2 tepi jalan semua x kasi. diorg srh tunggu ambulans, g hospital ngan buat check-up.

2 min setengah, ambulans sampai. x pasal aku kena bawak ke hospital. nak pastikan semua ok katanya. brader driver pon ikut skali. dia mintak maaf banyak2.

'sori bro aku x nampak la ko tadi.'
'ok je. yg penting semua ok. tapi sepatutnya ko kene berenti la. tgk apa2, bukan terus drive.'
'aku tengok dari cermin x nampak apa2 pon. aku ingat aku terlanggar side mirror keta lain.'
'x kisah la, ko langgar kejadah apa, yg penting jangan lari, kan dah susahkan org!'
'hmm...'

smpai kat hospital basma, DR cek sket2. ada luka kat siku sket je. asal brader kecemasan tuh srh buat report, tapi aku malas. siap2 terus ambulans hantar balik ke syari' jamiah. dari sana, brader driver tadi ajak naik keta dia. nak hantar aku balik.

keta honda accord baru. kerusi dalam ada plastik lagi. tapi side mirrow dia patah. bumper calar2. dalam kereta tuh, ktrg berkenalan la. budak just saidala tahun 2. baru dapat kereta. dia dok mintak maaf je. siap amik no nak ajak g rumah ble2. 'ok jer bro, xyah susah2.'

8:06 pm: sampai la depan umah aku.

hmm, apa yg aku boleh cakap, ada 2 benda.
1- betapa kita nih sangat2 lemah. bila2 masa Allah boleh uji kita. nak tarik nikmat daripada kita. alhamdulillah kali ni Allah uji dengan ujian yg sangat kecil. Allah jugak dah selamatkan aku. dalam ambulans mmg aku bnyk2 beristighfar.
2- padan la 2-3 hari terakhir nih aku dok syok sangat ngan kereta honda accord baru nih. dok sembang2 ngan munir ngan basyir. rupa2nya..nasib bukan kaler golden sand idaman aku, he3



sekian

Tuesday 9 March 2010

mario..

bismillah.

aku teringat satu benda yg ayah aku pernah bgtau dulu2. satu ayat dalam bahasa arab. tapi x pasti dah samada ia adalah hadis baginda saw ataupon hanyalah pepatah arab.

ia berbunyi begini.

"khudzil hikmah min ayyi wi'aa'in kharajat."

yg lebih kurang membawa maksud,

"ambillah hikmah (benda baik2) daripada mana2 sahaja ia keluar."

maka teringat pula aku akan satu kesah hidup aku sendiri. keh3

aku ada seorang member. org luar (samada luar negara atau luar kelantan x perlu tahu). walaupun dia agak prejudis dengan org2 sekampung aku, aku no hal je. namanya mario la senang nak taip lpas2 nih. mario nih umurnya muda 2 tahun daripada aku.

meskipun umurnya yg lebih muda, banyak yg aku belajar daripada mario nih. especially bab2 mengenal kehidupan. antara yg aku suka, dia suka tegur aku kalau aku buat silap. ingat senang ke nak tegur member? lebih lagi yg tua dari kita. betol x?

ye la, kalau biasa2, mesti la family kita yg banyak tegur kita kalau kita tersilap. dah xde family dekat sini, maka member2 la sebagai ganti. tu la kena cari member yg bagus2.

antara benda yg selalu aku kene tegur ialah sikap aku yg suka terus bagi konklusi kat sapa2 kalau aku x puas hati. cthnya,

1- pernah sekali dulu. aku memang panas dengan sorg budak nih. sbbnya bosan je sebenarnya. time aku salam ngan dia, x pasal dia tarik muka. buat muka terer. aku kira dah habis sengih dah. aku mmg pantang betol. dari dulu ayah aku ajar kalau salam atau jumpa sape2 paling kurang senyum. nabi saw pon ajar benda sama. pastu aku cerita kat mario.

meskipun usianya yg lebih muda, mario rilek je. "mgkn dia ada masalah tuh. ayah dia sakit ke ape.."

2- aku sakit hati ngan org lain pulak. time tu mmg tekad nak g face to face ngan mamat tuh. kalau dia feeling best lagi, mmg aku bg sharpshooter jer. x cakap banyak. berapi la kira . tapi time tuh mario pon ada sebelah aku. dia tahu aku panas.

meskipun usianya yg masih muda, dia cool je. "menggelabah la ko naldo, ilek2 sudah." nasib dia halang aku aritu, kalau x..ntah la.

3- kalau mario sakit hati ngan sape2, aku x pernah nampak dia bermulut busuk kat diorang. dia akan senyap. aku pulak yg bengang. keh3.

banyak lagi la situasi2 lain yg seringkali menyerlahkan kematangan mario nih. aku mmg respek betol dengan mario dalam bab nih. dengan usianya yg lagi muda daripada aku, kira mmg macho la dia nih.

lagi2 lepas bbrp bulan yg akan datang aku dah x boleh nak luangkan masa dengan mario lama2 dah. atau lebih tepat dia yg x boleh sebenarnya, keh3. mario dah nak kawen. juga dengan orang luar. hahaha. walaupon aku gembira dengan mario, tapi aku jugak sedih sbb lpas2 nih, sapa la yg nak tegur aku kalau aku buat silap?

sekali lagi dia mendahului aku. kadang2 tuh aku terfikir, betol ke mario nih lebih muda daripada aku? ada jugak dengar khabar2 angin, katanya mario nih makin muda setiap tahun wallahuaalam. tapi kalau betol, boleh jadi mario nih sebenarnya bukan manus...erm, x mungkin.

sori la termerapu lebih pulak. sebenarnya aku nak bgtau benda2 baik nih sebenarnya mudah jer nak nampak. kita je malas nak sedar. atau kita ego nak terima. arini kita lihat dari satu sudut.

member kita.
sekian.